Suami kepada pengasas manisan terkemuka, tampil menjelaskan bahawa mereka tidak mengetahui logo ultras Pahang itu sudah ada trademark.

Menerusi hantaran satu video TikTok, dia memohon maaf kepada Elephant Army (EA) kerana menggunakan logo mereka tanpa meminta izin.

Baca Juga:

Tambahnya lagi, dia akan memulangkan semula wang kepada pelanggan dan meminta pembeli lain membatalkan tempahan barangan mereka buat sementara waktu ini.

Pihaknya juga akan membuat rekaan baju yang baharu, dan akan pos semula kepada pelanggan yang sudah membeli sebelum ini

@kiedacrepepenang

Kita belajar lagi pengalaman baru 🙂 Kieda minta semua repost video ni supaya fyp🙏🏼 kamu takmau makan duit HARAM melalui logo orang seperti mana netizen komen . Kita nak cari rezeki yang berkat . Minta jasa baik semua customer return balik baju yang dibeli🙏🏼🙏🏼 Dan mohon maaf kepada pihak EA ARMY kerana mengunakan logo 🐘 @KiedaCrepeHouse @AMY KIEDA MERCHANDISE

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

“Kita takkan lari dari masalah. Semua ini memang salah kita sebab tak research dulu tentang logo-logo lain. Yang kita tengok cantik di google kita terus ambil pakai. Tapi lepas ini akan jadi pengajaran untuk Amy untuk lebih berhati-hati.

“Dan kami memohon maaf atas kesilapan memakai logo EA tanpa kebenaran,” jelas lelaki itu.

Tambahnya, mereka maafkan semua netizen yang mendakwa mereka makan duit haram berhubung isu berkenaan.

“Yang komen kita makan duit haram sebab gunakan logo EA , kami maafkan. Dan untuk pengetahuan semua kami tarik balik baju yang kami dah buat jualan kami semalam.

“Semoga Allah permudahkan , terima kasih ketua EA bekerjasama baik dengan kami,” petik perkongsian TikTok @amykiedamerchadise.

Dalam pada itu, suami pengasas bisnes manisan itu mengucapkan terima kasih kepada ketua EA kerana memudahkan urusan untuk berbincang secara profesional bagi menyelesaikan isu tersebut.