DYAM Tengku Mahkota Johor sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih berkaitan hal ehwal bola sepak.

Baru-baru ini sebuah kedai di Johor Bahru berkongsi video kehadiran tiga individu berbadan sasa datang membeli songkok di situ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Songkok untuk bodyguard TMJ dari Australia dan New Zealand,’ petik hantaran TikTok @songkok_siblingstm.

@songkok_siblingstm

Songkok Untuk Bodyguard TMJ From Australia and New Zealand #songkokistiadat #songkokmajlisrasmi #jdt🔵🔴 #songkokjohor #songkoksiblingstm #fyp

♬ suara asli – kOnTeN :) – S@ngman€

Video pendek itu menunjukkan pengusaha kedai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan tiga individu tersebut.

Oleh kerana saiz badan mereka yang besar dan sado, pengusaha kedai nampak seperti ‘orang kerdil’ apabila berdiri bersebelahan mereka.

Menerusi perkongsian komen-komen netizen, ramai terkejut apabila mengetahui TMJ mengambil warga Samoa dan Maori untuk menjadi pengawal peribadinya.

Dengan kelebihan tubuh badan sebegitu, sememangnya membuatkan orang ramai gerun untuk menghampiri mereka.




Netizen turut mendakwa salah seorang bodyguard baharu TMJ itu pernah bekerja dengan bekas juara petarung UFC, Israel Adesanya.

Dalam pada itu, netizen menyatakan selepas mereka memakai songkok, terus rupa paras mereka tidak ubah seperti orang Melayu tempatan.