Walaupun pada setiap hari masyarakat menggunakan pengangkutan peribadi untuk ke pejabat, tidak bermaksud ramai peka dengan kewujudan Lorong Pintar atau ‘Smart Lane’.

Seperti yang dihadapi oleh seorang wanita baru-baru ini berkongsi tentang situasi sebuah penunggang motosikal yang menghalangnya daripada menggunakan lorong pintar.

Menerusi video yang dikongsikan, pemandu wanita tersebut telah memasuki laluan kecemasan kerana telah dibuka buat sementara waktu susulan terdapat skrin LED yang memaparkan lampu hijau memberi maklum sudah diaktifkan.

Namun, datang pula seorang penunggang motosikal secara mengejut datang dari arah sisi kiri kemudian didakwa sengaja memperlahankan jenteranya dan menghalang laluan trafik wanita terbabit.

'Nampak Tak Bijak' - Rider Halang Kereta Di Laluan 'Smart Lane' Sewaktu Diaktifkan Undang Kemarahan Ramai
Sumber Gambar: Threads @fafafazaza11

Wanita itu terpaksa beralah dan memasuki laluan utama dan barulah si penunggang motosikal itu beredar dengan kelajuan yang sepatutnya.

Jika ada yang tidak tahu tentang ‘Smart Lane’, secara ringkas, Smart Lane adalah inisiatif pengurusan trafik di lebuh raya (terutamanya di bawah kendalian PLUS) di mana lorong kecemasan dibuka secara sementara untuk dijadikan lorong tambahan bagi kenderaan.

Boleh lihat video asal dengan klik di sini.

Tindakan penunggang motosikal langsung mengundang kecaman netizen yang mana rata-ratanya melabelkan ia sebagai tindakan yang kurang bijak dan hanya menyusahkan orang lain.

“Tak salah pun sis, smart lane tengah active, rider tu yang tak berapa cerdik.”

“Bro ingat bro hero, tapi bro sbnrnya joke acah hero, tapi bodoh bnd tk boleh baca padahal dh sebelah kiri dh kata, SMART LANE.”

“Masih lagi ada rakyat malaysia yang tak tahu kegunaan smartlane? Aduihhh padahal signboard terang2 tulis.”

Di sini, netizen meminta orang ramai untuk lebih cakna tentang kewujudan ‘Smart Lane’ yang boleh digunakan untuk waktu-waktu tertentu tanpa perlu membuat penilaian negatif.