Smart Lane merupakan satu inisiatif pengurusan trafik secara dinamik di lebuh raya di mana lorong kecemasan dibuka buat sementara waktu sebagai lorong perjalanan tambahan semasa waktu puncak atau musim perayaan.

Fungsi utama sistem ini adalah untuk mengoptimumkan kapasiti lebuh raya sedia ada bagi melancarkan aliran trafik, mengurangkan kesesakan di kawasan titik sekat (bottleneck), dan memendekkan masa perjalanan pengguna.

Menerusi perkongsian salah seorang pengguna Lebuhraya KL-Karak baru-baru ini, berdasarkan pemerhatian beliau didapati laluan tersebut tidak mempunyai Smart Lane seperti di beberapa lebuhraya lain.

 

View on Threads

 

Menurut salah seorang pengguna Threads lain, ketiadaan fungsi Smart Lane di Lebuhraya KL-Karak adalah disebabkan faktor muka bumi yang tidak mengizinkan.

“Saya sebagai orang yang pernah bekerja atas Lebuhraya Karak itu hampir 5 tahun, faktor muka bumi di mana berbukit dan gaung, selekoh yang ada cukup tajam.

“Malah kalau kereta atau lori rosak di lorong kecemasan pun boleh menyebabkan kemalangan ngeri.

“Dan buat masa ini, kalau nampak kawasan tepi tengah diratakan sebab mereka tengah fasa penambahan lorong dan terowong baharu juga dalam pembinaan.

“Selepas ini juga, Lebuhraya Karak itu akan menyala waktu malam dari Tol Gombak sehingga Tol Bentong,” jelas Threads @ridhwanmustapa.