Setiap orang tidak sempurna, pasti akan kekurangan pada diri sendiri yang menyukarkan kita melalui kehidupan seharian.

Terbaharu, penyanyi dari Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan mengumumkan sebuah lagu baharu khas untuk wanita di Malaysia.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @nanamahazan, beliau menjelaskan ‘suara sendiri’ adalah satu kekurangan dirinya, lantas beliau memilih berjanji untuk tidak menyanyi lagi.

Namun untuk satu lagu terbaharu, khas untuk wanita, Nana telah ‘melanggar janji’ untuk tampil menyanyikannya.

@nanamahazan

One of my insecurities is my singing voice. But hey, kadang kita kena buat benda yang luar dari zon selesa kita kan? Even i promised myself not to sing anymore but i make an exception for this time sebab ini special.. Lagu untuk kita wanita.. πŸ₯Ή Thank you again Datuk @zafrolrizalmat for pushing me out of my comfort zone and always believing in me.. And my supportive husband @raqeembrian for always being present and making things happen. 😘 Lah ucapan menang award ekkk? πŸ˜…πŸ˜‚ Kenapa bila ckp pasal lagu ni sebak? Harap sgt korang dpt dengar and rasa apa yang saya rasa.. πŸ₯Ή Save the date 8/3/2024. Bersempena International Women’s Day 🀍 Mampu #NanaManusiaGigih #NanaMampu

♬ original sound – Nana Mahazan – Nana Mahazan

“Salah satu kekurangan diri saya adalah suara nyanyian sendiri. Tapi kadang-kala kita kena buat benda yang luar dari zon selesa kita bukan?

“Walaupun saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menyanyi lagi, tapi saya mahu buat satu pengecualian untuk kali ini sebab istimewa β€” lagu untuk kita, wanita,” ujar Nana.

Pada masa sama, Nana berterima kasih kepada dua insan penting, mentornya Datuk Zafrol Rizal Mat yang sentiasa menolaknya keluar daripada ‘zon selesa’. Manakala suaminya pula, Raqeem Brian yang sentiasa ada bersama dan membuat sesuatu berlaku.

Nana menyatakan beliau sedia menerima kritikan daripada orang ramai. Beliau menegaskan mesej pada lagu tersebut jauh lebih penting dan berharap agar pendengar dapat menghayati apa yang cuba disampaikannya.

Menurutnya, lagu berjudul ‘Mampu’ boleh mula didengar pada 8 Mac ini bersempena Hari Wanita Sedunia.

Dalam pada itu, warganet memuji penampilan Nana Mahazan yang anggun bertudung sekarang.

“Nana semakin cantik dan nampak muda selepas bertudung,”

“Saya suka penampilan baharu Nana ni. Dulu memang dia sangat berfesyen. Terbaik Nana semoga istiqomah,”

“Awak kelihatan sangat cantik dengan imej sekarang, Alhamdulillah,” petik beberapa komen dikongsi netizen.