Baru-baru ini, sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali pengguna di platform X telah tular di media sosial sekaligus meraih perhatian orang ramai.

Video tersebut memaparkan sebuah acara khusus untuk wanita anjuran selebriti dan usahawan tersohor, Noor Neelofa bagi melancarkan produk kesihatan wanita.

Baca Juga:

Menjadi perhatian ramai apabila pendakwah Ustazah Norhafizah Musa berkongsi doa dalam satu acara tersebut dimana doa itu dipercayai untuk alat kelamin suami kuat dan kekal tahan lama.

Malah, pendakwah itu juga meminta para wanita yang hadir ketika acara terbabit untuk merakam video dan agar dapat diajar kepada suami nanti.

Video terbabit telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan segelintir netizen menzahirkan rasa kurang senang apabila doa itu dikongsikan di khalayak ramai.

Akan tetapi, ada juga netizen yang berpendapat bahawa tiada masalah dikongsikan kerana ia adalah perkongsian ilmu.