Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang nasi beringin, tetapi tidak ramai yang pernah rasa. Tetapi ada satu kedai yang ‘tersembunyi’ di Bangsar yang jual nasi ini dan rasanya memang sedap! Kalau anda ada rakan yang bekerja di NSTP Bangsar, mereka tahu kedai #20 ini.

Lokasi kedai nasi beringin #20 terletak di food court Menara Mutiara Bangsar. Set biasa yang akan dipesan adalah nasi dengan lauk sambal, kari ayam, ayam goreng dan sayur. Tetapi set inilah yang buat orang sanggup beratur panjang setiap kali waktu makan tengah hari. Kalau anda datang jam 1.00 tengah hari, memang berbaris panjanglah jawabnya. Itu belum campur lagi yang buat pesanan take away sehingga 20-30 bungkus.

Bagaimana pula rasanya? Ayam gorengnya memang rangup di luar serta juicy di dalam dan dihidangkan panas-panas untuk anda. Tak sempat untuk ayam sejuk, ayam pasti habis disambar orang dan mereka akan menggoreng lagi batch ayam yang baharu.

nasi beringin
Kedai nasi beringin #20

https://www.instagram.com/p/BR7XEZfhrQN/?taken-at=457996601

Kesedapan ayam goreng ini ditambah lagi dengan kuah sambal dan kuah kari yang membanjiri nasi. Rasanya sedikit pedas dan padanan kuah sambal dan kari ini memang terbaik. Kalau saya makan di sini, saya akan add on kaki ayam. Saya cuma makan kaki ayam di kedai ini sahaja kerana biasanya kaki ayam ini liat. Kaki ayam di sini memang sangat lembut dan sedap untuk dimakan. Sedut sahaja ianya akan tercerai. Punya lembut.

Saya sempat bersembang dengan tuan punya kedai dan mereka sudah lebih 30 tahun meniaga nasi beringin ini. Kedai Nasi beringin #20 ini hanya dibuka dari Isnin hingga Jumaat jam 11 pagi hingga 3 petang. Tetapi biasanya dalam pukul 2.00 petang lauk semuanya sudah habis.

Kalau anda berada di sekitar Bangsar waktu tengah hari, ini antara kedai yang anda kena cuba. Harganya cuma RM5.00 untuk set nasi, kuah dan ayam goreng. Tambah RM1.00 untuk kaki ayam. Memang berbaloi dan a must visit. Tag rakan untuk cuba makan di sini nanti.

Nasi Beringin Bangsar
Stall #20, Food Court @ Level 2
Menara Mutiara Bangsar
Jalan Liku
Off Jalan Bangsar
59100 Kuala Lumpur