Bila bersembang perihal makanan, nasi kandar pasti ada dalam senarai kerana ia bersifat ‘versatil’ yang boleh dibuat sebagai makan sarapan, tengah hari, petang, malam, mahupun awal pagi.

Pada 23 September dan 24 September ini, FriedChillies selaku penganjur kembali dengan kolaborasi bersama Sunway Putra Mall untuk menganjurkan pesta makan unggul yang dikenali sebagai Nasi Kandaq Fest.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut FriedChillies, senarai nasi kandar-nasi kandar yang bakal menemui peminatnya telah dipilih khas oleh penganjur sendiri dan pakar dalam selok belok nasi kandar di Malaysia — Nasi Kandaq Hunters and Nasik Kandaq Transporters.

“Seorang peminat nasi kandar tegar akan tahu yang sepinggan nasi kandar yang sempurna bukan hanya tertakluk pada kombinasi kari tetapi juga kemahiran seorang joki kari,” kata Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal.

Sepuluh nasi kandar yang bakal menemui peminat-peminat pada hujung minggu ini adalah –

1. Restoran Liga Maju Nasi Dalca Ayam Negro

2. Hameediyah Restaurant

3. Nasi Kandar Bawah Pokok (Nasi Kandar Jamal Mohamed)

4. Restoran Kudu Bin Abdul

5. Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru

6. Pelita Nasi Kandar Taman Chai Leng

7. Sadam Nasi Kandar

8. Sithique Nasi Kandar

9. Nasi Kandaq Talam Johor Bahru

10. Yusuf Restaurant

Bagi peminat nasi kandar yang ada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk cuba setiap hidangan yang ditawarkan daripada sepuluh-sepuluh kedai nasi kandar termuka.

Nasi Kandaq Fest akan berlangsung di jalan masuk utama (main driveway) dan ruang legar utama (main concourse) di tingkat bawah (ground floor) Sunway Putra Mall dari 10 pagi hingga 10 malam, Sabtu dan Ahad ini.

Setiap pembelian dan makan di ruang legar utama boleh dapat baucar minuman secara percuma.