Nasi lemak ‘level T20’ tular dan mencuri perhatian ramai, terutama selepas video TikTok oleh pengguna @juraidamamad2 tular di media sosial.
Video yang menampilkan gerai Umi Nasi Lemak di Dungun, Terengganu, telah menarik perhatian netizen kerana harganya boleh mencecah sehingga RM410 untuk pesanan nasi lemak.
Dalam video tersebut, Umi Nasi Lemak dilihat sedang menyediakan nasi lemak untuk dua pelanggan yang menempah sekitar 7 nasi lemak.
Apa yang membuatkan ramai tergamam adalah pesanan tersebut bukanlah nasi lemak biasa.
Pelanggan itu memesan dua ekor lobster, dua sotong besar, udang, telur ikan, dua ketul ayam goreng, dan telur puyuh sambal.
Difahamkan bahawa harga pesanan nasi lemak tersebut melambung tinggi ‘level T20’ kerana Lobster yang dipesan sahaja berharga RM180 untuk dua ekor.
Netizen mula membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi, ada yang terkejut dengan harganya yang dianggap terlalu mahal.
Namun, terdapat juga netizen yang lebih memahami, menyatakan bahawa harga makanan laut terutama lobster memang mahal.
Oleh itu, bagi mereka, harga RM410 itu dianggap “masuk akal” jika dibandingkan dengan harga pasaran bagi makanan laut tersebut.
Seorang netizen berkongsi pandangan, “Memang mahal tapi kalau seafood memang harga macam tu, lagipun lobster besar.”
Sejak video tersebut tular, gerai Umi Nasi Lemak telah mendapat jutaan tontonan di TikTok dengan lebih lebih 1,000 komen yang membanjiri video tersebut.