Jika satu masa dahulu MPV besar seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Estima atau Nissan Serena menjadi rebutan. Kini, ramai orang mula beralih minat kepada MPV yang bersaiz lebih kompak.
Seorang pengguna jalan raya terkejut apabila terjumpa sebuah ‘kereta kotak’ dengan logo Toshiba di belakangnya.
Baca Juga:
- Jenama Baharu EV Malaysia, ‘Proton e.MAS’ Bakal Lancarkan Kereta Pertama Disember Ini
- Pemilik X50 Bengang Budak-Budak Selalu Tendang Bola Terkena Kereta
- Honda City Bakal Jadi Kereta Peronda PDRM Terbaharu?
Perkongsian video TikTok @wegonuts8, membuatkan ramai orang seperti tidak percaya Toshiba ada mengeluarkan kereta selain peralatan elektrik rumah.
@wegonuts8 Maybe this is the real “peti ais” 😔 #fypシ゚viral #carsoftiktok #toshiba #federalhighway #shahalam #fyp #foryoupage #malaysia
Bagaimanapun ia bukanlah betul-betul kereta keluaran Toshiba, sebaliknya sebuah Nissan Cube yang ditampal logo jenama peralatan elektrik terkenal itu.
Ramai netizen menyamakan reka bentuk kereta kompak itu seperti peti ais, mesin basuh atau microwave — yang boleh bergerak.
Dalam masa sama, ada netizen menyatakan jika satu masa dahulu Proton Juara dikeluarkan pada tahun 2024, pasti kereta kompak itu pun mendapat permintaan tinggi daripada rakyat tempatan.
Proton Juara dihasilkan pada tahun 2001-2004 dengan kerjasama Mitsubishi. Oleh kerana sambutan kurang memberangsangkan, produksi kereta kompak tempatan itu ditamatkan.