Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan kendalian Pau Marti Vicente yang akan bermula pada 10 November ini.

Baru-baru ini, Pau Marti memanggil seramai 26 pemain bagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Laos di Stadium PAT, Bangkok, Thailand pada Khamis, 14 November 2024 dan menentang India di Stadium Gachibowli, Hyderabad, India pada Isnin, 18 November 2024.

Baca Juga:

Berdasarkan senarai di atas, Pau Marti telah mengekalkan seramai 20 daripada 26 pemain dari skuad yang dibawa ke Auckland, New Zealand bagi kem latihan pusat pada Oktober lalu.

Seramai enam pemain baharu dipanggil kali ini iaitu penjaga gol, Haziq Nadzli (Perak FC), Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC), Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC), Sergio Aguero (Sri Pahang FC), Natxo Insa (JDT) serta kapten, Dion Cools (Buriram United).

Sementara 10 pemain berikut diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:

Natxo Insa
Senarai Bersedia

Skuad Harimau Malaya akan berlatih selama dua hari di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Ahad dan Isnin ini, 10 dan 11 November sebelum berlepas ke Bangkok pada Selasa, 12 November 2024.

Selepas aksi bertemu Laos pada Khamis, 14 November, skuad Harimau Malaya akan terus terbang dari Bangkok ke Hyderabad untuk perlawanan menentang India pada Isnin, 18 November 2024, sebelum pulang ke tanah air.

Dalam perlawanan sebelum ini, Malaysia tewas dengan keputusan 4-0 kepada New Zealand pada aksi persahabatan Tier 1 yang berlangsung di Stadium North Harbour, Auckland.

Jaringan yang dihasilkan oleh Eliah Just, Matthew Garbett, penyerang Nottingham Forest iaitu Chris Wood dan Logan Rogerson yang diberikan ruang luas oleh pemain pertahanan Malaysia meledakkan percubaan daripada luar kawasan penalti pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan empat gol tanpa balas buat New Zealand.