Dalam satu muat naik di laman X, negara haram dan Amerika Syarikat telah mengumumkan bahawa mereka mengasaskan bersama Board of Peace.
Dalam kenyataannya, Board of Peace mendakwa mereka adalah pertubuhan yang semakin membangun di seluruh dunia.
The Board of Peace welcomes Israel as a founding member of our growing international organization. pic.twitter.com/OpW2gWwkqL
— Board of Peace (@BoardOfPeace) February 12, 2026
Menjengah ke ruangan komen, rata rata netizen X menyindir Board Of Peace yang dianggap satu jenaka.
Mana tidaknya, negara haram tersebut terkenal dengan konflik kemanusiaan di Gaza yang mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang sangat dahsyat.
Sementara Amerika Syarikat turut memiliki sejarah buruk dalam campur tangan isu politik dan menyerang beberapa negara.
Terbaru mereka menyerang Venezuela untuk menangkap presiden negara tersebut.
Netizen menulis: “Meletakkan nama Benjamin Netanyahu dalam Board of Peace, ibarat meletakkan naman Jeffrey Epstein mengendalikan pusat asuhan kanak kanak.”
Cenk Uyghur menulis: “Israel adalah negara yang memulakan perang yang kita perlu tamatkan. Lembaga Keamanan ini satu jenaka.”
Yang lain pula menganggap terlalu banyak propaganda nak ‘menyucikan’ nama negara haram di mata dunia selepas apa yang telah mereka lakukan.
Seorang lagi menganggap bahawa ini adalah petanda bahawa Amerika Syarikat akan terus menjadi mesin wang untuk negara haram dalam misi ketenteraan mereka.