Beribu ribu rakyat negara haram beratur di kedutaan Portugal di Tel Aviv untuk memohon menjadi warganegara Portugal.

Keadaan geopolitik di negara haram yang tidak menentu dan faktor bimbang dengan keselamatan diri, membuatkan ramai yang mahu meninggalkan negara haram tersebut.

Kenapa Portugal?

Portugal antara negara Eropah yang mesra negara haram. Di mana Portugal memperkenalkan undang-undang khas pada 2015 membenarkan keturunan orang Yahudi Sephardic Jews — yang dihalau atau dianiaya semasa era Inkuisisi abad ke-15/16 — untuk memohon kewarganegaraan di negara mereka.

Jadi mereka yang berdarah warisan Sephardic boleh memohon menjadi warganegara Portugal.

Ramai di kalangan penduduk negara haram mendapati mereka layak kerana diwarisi keturunan Sephardic — dan undang-undang ini memberi peluang memperoleh pasport Eropah melalui Portugal.

Pemilikan pasport EU juga antara punca. Di mana pasport EU akan disertakan sekali jika mereka mendapat kewarganegaraan Portugal.

Ini Sebab Ribuan Rakyat Negara Haram Beratur Panjang Mohon Jadi Rakyat Portugal Menerusi Undang Undang Warisan

Pemegang pasport Portugal boleh bekerja, tinggal, melancong dan meneroka peluang di mana-mana negara anggota EU tanpa sekatan besar seperti pasport biasa.

Selain itu, kos sara hidup di Portugal dan kadar cukai berpotensi lebih rendah berbanding dengan sesetengah kos di negara haram.

Dan ini menjadikan kehidupan di Eropah sebagai pilihan menarik bagi mereka yang mencari alternatif.

Faktor geopolitik

Harus diakui faktor geopolitik juga antara faktor terkuat ketika ini. sSituasi di Israel, dengan konflik dan ketidakstabilan tertentu dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dilihat antara pendorong utama ramai orang negara haram mahu mencari kewarganegaraan kedua.

Pemilikan pasport EU dianggap sebagai “insurans” atau pilihan ‘back up’ bagi mereka dan keluarga — sekiranya keadaan di negara asal menjadi tidak menentu.

Ramai yang memohon walaupun sebenarnya tidak bercadang berpindah ke Portugal semata mata mahu memiliki pasport EU dan Portugal untuk memudahkan mereka bergerak.

Statistik menunjukkan bahawa pada 2021 dan 2022, rakyat negara haram merupakan kumpulan terbesar memohon kewarganegaraan Portugal — melebihi negara lain walaupun populasi mereka jauh lebih kecil.

@trtworld

Thousands of people in Israel formed long lines outside the Portuguese Embassy as demand for Portuguese citizenship.  In 2015, Portugal introduced a law allowing Sephardic Jews to apply for citizenship, a process many pursue for the advantages of EU mobility, lower living costs, and easier access to European universities. The war on Gaza since October 2023 has increased the number of Israelis seeking a second passport.

♬ original sound – TRT World – TRT World

Namun, pada 2023 kerajaan Portugal mengumumkan cadangan untuk menghentikan atau mengetatkan polisi ini.

Lantas, ketika mereka mendengar berita ini, berlaku lonjakan dalam permohonan — ramai bergegas mengajukan permohonan sebelum syarat menjadi lebih ketat.