Pemain bola sepak antarabangsa Hakim Ziyech menerima kecaman dan kritikan terus daripada Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir.

Ianya berikuan pendiriannya terhadap Palestin. Ben-Gvir mempersoalkan kenapa Ziyech tidak menyokong Is*ael tetapi sebaliknya menyokong Palestin.

Kerana menurut Ben-Gvir, Palestin adalah pengganas yang mengancam keselamatan Tel Aviv.

Terbaru, pemain Maghribi itu memberi reaksi terhadap undang-undang hukuman mati yang baru diluluskan oleh Is*ael, yang menyasarkan tahanan Palestin.

Ziyech memuat naik imej di Instagram Story miliknya yang menunjukkan Ben-Gvir meraikan undian di Knesset, sambil mempersoalkan sama ada keputusan tersebut sekali lagi akan dilabel sebagai “pertahanan diri.”

Ianya sindiran kepada negara haram yang selalu menggunakan terma mempertahankan diri dalam membenarkan keganasan ke atas Palestin.

Ben-Gvir membalas dengan menyifatkan Ziyech sebagai “antisemitik” dan menolak sebarang kritikan.

Paling gila, Ben-Gvir urut memberi amaran dan ugutan bahawa: “Kepada Hakim Ziyech dan semua antisemitik, kamu semua tidak akan terlepas.”

Parlimen Israel meluluskan undang-undang kontroversi itu pada 30 Mac dengan undian 62-48. Ia menetapkan hukuman mati melalui gantung sebagai hukuman utama bagi rakyat Palestin yang disabitkan kesalahan di mahkamah tentera.

Pengkritik, termasuk pejabat hak asasi manusia PBB, menyifatkan undang-undang ini sebagai bersifat diskriminasi dan menjejaskan proses keadilan.

Pendirian Ziyech terhadap Palestin bukan sesuatu yang baharu. Pemain berusia 32 tahun itu, yang kini beraksi bersama Wydad AC selepas beraksi bersama Ajax, Chelsea, Galatasaray dan Al-Duhail SC, konsisten menyuarakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Sejak bermulanya serangan Isra*l ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023, Ziyech menggunakan platform media sosialnya untuk bercakap mengenai tindakan tentera Israel terhadap rakyat Palestin.

Pada Oktober 2023, beliau memuat naik antara mesej terawal menyokong Palestin, disertakan dengan petikan mengenai penindasan dan naratif media.

Beberapa bulan kemudian, beliau sekali lagi bersuara selepas rakaman dari Tebing Barat yang diduduki tular di media sosial, dengan mengecam tindakan Israel serta menggesa tekanan awam berterusan.

Beliau juga mengkritik kerajaan-kerajaan yang menurutnya membenarkan situasi tersebut berlaku.

Ben-Gvir antara figura yang seringkali menggunakan pengaruhnya untuk menghasut dan juga mengugut sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.