Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan Durian Musang King adalah produk unik Malaysia dan negara lain tidak dibenarkan memasarkan hasil durian mereka menggunakan nama yang sama.

Menurut beliau, Durian Musang King dilindungi di bawah pendaftaran Petunjuk Geografi (GI) Malaysia, petik The Star.

Baca Juga:

Musang King milik Malaysia. Negara lain tidak boleh memanggil durian mereka sebagai Musang King.

“Rupa mungkin kelihatan serupa, tetapi kita semua tahu rasanya berbeza,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Rabu (25 Feb).

Beliau menjawab soalan daripada Ngeh Koo Ham yang bertanyakan sama ada kerajaan menyedari tentang kemasukan durian dari Thailand dan Vietnam ke Malaysia sebelum dieksport ke China, serta durian yang dijual terus ke China menggunakan label Musang King.

Mohamed Sabu Malaysia sedang dalam perbincangan berterusan dengan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) bagi melindungi eksport Musang King Malaysia.

Beliau menambah bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memastikan durian Musang King membawa label rasmi FAMA dan MyBest.

“Setiap kali saya melawat China, sama ada atas urusan rasmi atau peribadi, saya akan mengambil kesempatan untuk memerhatikan durian di sana.

“Kadangkala ia dilabel sebagai Musang King, tetapi rasanya jelas tidak sama. Sebab itulah pihak berkuasa kita akan terus mengadakan libat urus dengan GACC,” katanya.

Mat Sabu turut menegaskan kepentingan mendidik pengguna di China bahawa hanya durian Musang King yang diluluskan GACC dan membawa cop MyBest merupakan eksport asli dari Malaysia.

“Kita mesti mempertahankan jenama ini. Eksport durian kita ke China adalah bernilai tinggi dan memberikan sumber pendapatan baharu yang penting buat petani tempatan,” katanya.

Sumber