Kerajaan Negeri Sembilan merancang untuk mengenakan kompaun sebanyak RM2,000 ke atas individu yang didapati minum arak di kawasan awam, petik Free Malaysia Today.
Menteri Besar Aminuddin Harun hari ini berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai individu yang minum arak di taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak dan kawasan pantai, terutamanya pada waktu malam.
Baca Juga:
- Lelaki Kecewa ‘Double Standard’ Pihak Berkuasa Negeri Sembilan
- Serbu Kelab Malam Waktu Siang, EAIC Syor Hukuman Pengarah AADK Negeri Sembilan
- Negeri Sembilan Sasar 10,000 Pelancong Bangladesh Tahun Ini
“Sebelum ini kita hanya beri amaran, tapi sekarang kita akan ambil tindakan terus, termasuk keluarkan kompaun,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.
“Undang-undang memang sudah ada, dan kita akan kuatkuasakan,” katanya.
Aminuddin menjelaskan bahawa langkah ini perlu diambil bagi memastikan kawasan awam yang sepatutnya digunakan oleh keluarga tidak dicemari dengan tingkah laku tidak bermoral.
“Kebiasaannya aktiviti ini berlaku pada waktu malam, dan mereka sering tinggalkan botol kosong serta sampah sarap, yang akhirnya menimbulkan rungutan penduduk,” katanya lagi.