Penggunaan dashcam memang sangat membantu orang ramai untuk melihat semula rakaman andaikata berlakunya sesuatu insiden kemalangan tidak kira besar ataupun kecil.
Baru-baru ini orang ramai terhibur mendengar telatah pemilik dashcam @AmzarJohari90 mengulas insiden kemalangan dalam loghat ‘Nogori Sembilan’ yang melibatkan sebuah motosikal dengan kereta Grab kebetulan berada di belakang keretanya.

Cara penyampaiannya yang bersahaja membuatkan warganet ‘tak kering gusi’ ketawa tanpa henti apabila rakaman video bermula sehinggalah tamat dimainkan.
https://twitter.com/my_crimewatch/status/1501557226364076034?s=21
Tak boleh tahan la loghat nogori ni. Memang akan jadi lucu ke macam mana 😂
— H (@AbdulHadiNasri) March 9, 2022
Itulah tu, loghat cakap mcm nak marah tapi mix dgn kelakar 😂
— Sderlla (@Allreds_) March 10, 2022
Senang video mcmni. Tak perlu baca comment/reply utk tahu context. Semua dah ada. 10/10 ⭐️
— Arif~ (@arifshafiq_) March 10, 2022
Nismilan punya accent is always my favourite! The way diorang translate english ke nismilan boleh pulak di agiu agiu lagi. Hidup Nismilan!
— shazwankenobi (@ahmadoukenobi) March 10, 2022
Menurut @AmzarJohari90, sejurus motosikal lawan arah melanggar pintu Perodua Alza tersebut, dia segera bertemu dengan pemilik Perodua Alza itu untuk beritahu keretanya dilanggar oleh penunggang motosikal tersebut.
Tambahnya lagi, andaikata penunggang motosikal tersebut tidak mahu mengaku kesalahan, dia sedia memberi kerjasama untuk kongsikan rakaman video dashcam daripada keretanya.
Dalam video @AmzarJohari90 yang lain pula, kelihatan pemandu Alza itu menegur penunggang motosikal kerana melawan arah sebelum dia memaafkan pelaku itu dan meninggalkan tempat kejadian. Anda boleh tonton video sambungan ulasan insiden kemalangan dalam loghat ‘Nogori Sembilan’ yang mencuit hati di bawah.
https://www.tiktok.com/@amzarjohari90/video/7073314490443500826?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Lihat lagi kesalahan-kesalahan yang dirakam dashcam pengguna jalan raya yang kami kongsikan di bawah.
‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan
Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol
Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air Dari Tingkap Kereta