Bekas penyerang import pasukan Penang FC dan Negeri Sembilan, Casagrande dilaporkan semakin hampir untuk bergelar pemain naturalisasi.
Perkara ini menjadi perbincangan selepas pemain itu memuat naik gambar bersama salah seorang ejen di di ruang legar Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara baru-baru ini.
Baca Juga:
- Ini Sebab Mengapa Pengadil Sepatutnya Benarkan Jaringan Romel Morales
- PSSI Dapatkan Empat Pemain Naturalisasi Bagi Perkuat Indonesia
- TMJ Sahkan Seorang Pemain Naturalisasi Bakal Sertai JDT
“Terima kasih atas segala-galanya, sahabatku. Saya tidak mempunyai kata-kata untuk meluahkan penghargaan saya atas apa yang sudah anda lakukan kepada saya dan keluarga.
“Saya amat bersyukur kerana berpeluang mempunyai hubungan persahabatan dengan anda dan saya harap ia akan terus berkekalan,” katanya.
Penyerang tinggi lampai ini memulakan karier dalam saingan Liga Malaysia pada musim 2016 dimana beliau menyertai Kuala Lumpur City. Beliau kemudiannya kembali ke Brazil selama dua musim dengan beraksi bersama tiga kelab di sana.
Pada musim 2018, Casagrande kembali ke Malaysia dengan menyertai Felcra FC. Setelah semusim bersama Felcra, pemain berusia 33 tahun itu berhijrah dengan menyertai Melaka United dan diikuti beraksi bersama Penang selama dua musim sebelum beraksi bersama Negeri Sembilan musim lalu.
Setakat ini, pasuka negara diperkuatkan oleh dua pemain naturalisasi kelahiran Brazil iaitu Paulo Josue dan seorang lagi pemain yang tidak pernah memberi impak positif iaitu Guilherme De Paula.
Sekiranya proses naturalisasi Casagrande berjalan lancar, maka beliau harus bersaing dengan beberapa penyerang yang beraksi bersama skuad kebangsaan seperti Darren Lok, Romel Morales dan juga Josue.