Jersi baharu Penang FC yang akan dipakai bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025-2026 mendapat pujian dari media antarabangsa.

Penang meneruskan kerjasama mereka dengan jenama tempatan iaitu Kaki Jersi dan baru-baru ini mengeluarkan jersi yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Baca Juga:

Penang FC
Jersi Penang

Jersi Penang FC Dipuji Footy Headlines

Jersi tersebut mendapat perhatian dari media antarabangsa yang sentiasa membawa perkembangan mengenai jersi bola sepak iaitu Footy Headlines.

Menurut mereka, jersi tersebut menggabungkan teknologi prestasi moden dan berkualiti tinggi yang setanding dengan yang digunakan oleh jenama seperti Nike dan Adidas.

“Walaupun mempunyai ciri-ciri mewah, jersi Penang berharga RM139 atau sekitar £25, yang mana lebih rendah berbanding jenama besar.

Penang FC
Jersi Penang

“Kita dapat melihat bahawa fabrik jersi itu menggabungkan pelbagai teknologi prestasi moden yang direka untuk keselesaan dan prestasi pemain.

“Salah satu ciri paling mengagumkan ialah lambang kelab. Ia adalah lencana silikon/TPU berkualiti tinggi dengan tekstur timbul.

Penang FC
Jersi Penang

“Kualiti berada pada tahap yang sama dengan logo yang dihasilkan oleh Nike, Adidas dan Puma untuk jersi keluaran pemain elit mereka,” tulis Footy Headlines.