Peminat bola sepak tanah air mempersoalkan tindakan melulu penjaga gol Terengganu, Rahadiazli Rahalim ketika aksi Liga Super 2023 menentang Penang baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Terengganu hampir membawa pulang tiga mata namun kesilapan Rahadi ketika hujung perlawanan menyebabkan pasukan itu berputih mata.

Baca Juga:

Ketika Penang diberikan sepakan percuma, Rahadi meluru keluar dan merempuh Nik Akif Syahiran dalam kawasan penalti ketika sepakan diambil sekaligus memberikan Penang sepakan penalti pada hujung permainan.

Tindakan penjaga gol skuad B-23 Tahun negara itu mencetus persoalan di kalangan peminat dimana mereka berpendapat Rahadi tidak sepatutnya berbuat demikian kerana situasi tersebut sama sekali tidak berbahaya bagi Terengganu.

Kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol berusia 22 tahun itu menyebabkan Terengganu gagal membawa pulang tiga mata dan hanya berpuas hati dengan satu mata.

Terengganu akan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pada 8 Disember ini dan ketua jurulatih pasukan, Tomislav Steinbrückner dijangka membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama.

Selepas melakukan kesilapan ketika menentang Penang, besar kemungkinan Tomilav bakal merehatkan Rahadiazli dan menurunkan Suhaimi Husin di posisi penjaga gol.

Suhaimi hussin menjadi pilihan Tomislav dalam kebanyakan perlawanan Terengganu baik dalam saingan Liga Malaysia mahupun Piala AFC musim ini.

Suhaimi direhatkan ketika aksi menentang Penang bersama beberapa pemain utama lain seperti Sony Norde dan Ivan Mamut bagi memastikan pemain ini bersedia untuk diturunkan menentang JDT.