Memang tidak dinafikan permainan video sangat sininom dengan generasi muda kerana lebih celik berkaitan teknologi. Siapa sangka kini seorang nenek yang berasal dari Taiwan mampu bersaing di dalam kejohanan e-Sukan bersama pasukannya.

Baru-baru ini, Ching Yi-Shu iaitu seorang nenek berusia 65 tahun kini bergelar pemain League of Legends selepas bertarung buat pertama kalinya dalam kejohanan e-Sukan. Chiang merupakan salah seorang pemain dalam pasukan Hungkuang Evergreen Gaming yang ditubuhkan pada musim panas ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Star

Pasukan tersebut mempunyai ahli yang terdiri daripada berusia antara 62 hingga 69 tahun dan diasaskan oleh Huang Jianji, pengarah jabatan pembangunan permainan multimedia dan aplikasi Universiti Hungkuang.

Apa yang menariknya, beliau sama sekali tidak menyangka bakal bermain permainan itu dengan serius meskipun pada mulanya tidak mahir perihal asas komputer.

Sumber Gambar: Cna

Setelah mulai bermain, beliau menyedari bahawa ia sangat bagus untuk minda malah melatih pergerakan tangan untuk menjadi lebih tangkas. Chiang berlatih di rumah dan di universiti apabila mempunyai masa.

Beliau bermain kira-kira lima jam seminggu menurut pengurusnya. Walaupun menetap di New Taipei City, Chiang pergi ke universiti di Taichung, kira-kira sejam perjalanan dengan kereta api laju, untuk menghadiri kelas latihan setiap minggu sebagai persediaan untuk pertandingannya.

Sumber Gambar: Esports.net

Walaupun pasukan yang disertainya tewas dalam kejohanan pada Sabtu lalu, namun bagi Chiang dan rakan sepasukannya pula sangat gembira kerana berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru terutamanya mengenai teknologi.

Untuk makluman, permainan LOL ini sememangnya memerlukan kecekapan dalam mengatur strategi di samping tangkas memberi respon dan bertindak di dalam permainan. Jadi, tidak hairanlah jika permainan video lebih dipelopori oleh golongan muda kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi fizikal dan mental.

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa mempelajari sesuatu perkara seperti teknologi tidaklah sesusah mana jika mempunyai azam untuk melakukannya. Malah, beliau berjaya membuktikan di usia emas ini sepatutnya lebih banyak perkara yang patut diterokai selaras dengan peredaran zaman.

Sumber