Berita baik buat semua peminat tegar League of Legends atau lebih dikenali LOL. Platform gaming Garena bakal menawarkan biasiswa buat juara LOL peringkat kampus.

Seiring dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan industri e-sukan ini ke peringkat lebih tinggi, beberapa pihak telah cuba membantu dengan menawarkan hadiah yang lumayan serta biasiswa buat mereka yang berbakat.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Malaysian Campus League anjuran Garena ini akan berlangsung pada beberapa tahap menerusi dua kategori iaitu Divisyen Kolej untuk pelajar kolej dan universiti, serta Divisyen Junior untuk pelajar sekolah menengah.

Menariknya untuk kejohanan kali ini, selain daripada hadiah biasa, Garena juga akan menawarkan biasiswa separa bernilai RM30,000 untuk juara Divisyen Kolej. Jumlah yang agak besar untuk pertandingan e-sukan dalam negara kita. Pastinya jumlah ini sedikit sebanyak bakal pembantu para pelajar kampus dalam pembelajaran serta meningkat skill mereka dalam gaming.

Pemenang juga secara automatik bakal layak ke League Of Legends International Collegiate Championship (LLIC) yang akan diadakan di Filipina pada November ini.

AMIRULLL

Sebelum ini, nama Malaysia berjaya diharumkan oleh kejayaan Amirul yang berjaya membawa pulang hampir RM34’000 setelah berjaya memenangi pertandingan FIFA di AGES 2016. Tidak dilupakan juga kejayaan ‘Malaysian Tigers‘ juga menerusi permainan FIFA.

Menerusi genre Multiplayer online player arena, negara kita juga mencatat antara pemain tertinggi menerusi pemainan Dota 2 dan LOL menunjukkan bakat-bakat yang sedia ini mampu bersaing ke peringkat antarabangsa jika berikan latihan dan peluang yang cukup.

Jika sebelum ini bermain tidak game tidak mempunyai masa depan, kini tidak lagi dengan adanya biasiswa seperti ini. Jika ingin menjadi gamer, jadilah gamer yang terhebat yang mampu mengharumkan nama negara.

Buat anda yang berminat untuk menyertai Malaysia Campus League ini anda boleh klik ke laman web Garena untuk mendaftar.

Sumber