Perdana Menteri Negara Haram, mendesak pihak Nobel memberikan anugerah keamanan kepada Donald Trump.
Ini bukan pertama kali pihak negara haram melobi agar Donald Trump diberikan Anugerah Nobel. Sebelum ini Netanyahu dengan terbuka menyatakan sokongannya agar Donald Trump mendapat anugerah Nobel.
Ini kerana menurutnya, tiada yang lebih layak daripada Trump untuk meraih anugerah itu di atas jasanya kepada keamanan dunia.
Perdana Menteri Negara Haram, Benjamin Netanyahu, sekali lagi menegaskan keyakinannya bahawa Presiden Donald Trump sepatutnya menerima Hadiah Keamanan Nobel.
Dia merujuk kepada pelan keamanan 20 perkara yang diumumkan Trump bagi menamatkan perang dua tahun di Gaza.
“Berikan Donald Trump Hadiah Keamanan Nobel — dia layak menerimanya!” tulis Netanyahu di platform sosial X.
Hantaran itu turut disertakan dengan suntingan AI yang menunjukkan Netanyahu mengalungkan pingat Keamanan Nobel kepada Trump.
Dan di belakang mereka, tergantung sepanduk bertulis “Peace through strength” (Keamanan melalui kekuatan).
Give @realDonaldTrump the Nobel Peace Prize – he deserves it! 🏅 pic.twitter.com/Hbuc7kmPt1
— Prime Minister of Israel (@IsraeliPM) October 9, 2025
Pada hari Rabu, Trump mengumumkan bahawa Negaram dan H*mas telah menandatangani fasa pertama pelan keamanannya.
“Ini bermakna semua tebusan akan dibebaskan tidak lama lagi, dan Isr*el akan berundur ke garisan yang dipersetujui sebagai langkah awal menuju Keamanan yang Kuat, Berkekalan dan Abadi.
“Semua pihak akan dilayan dengan adil!” katanya dalam hantaran di Truth Social.
Trump turut memberi isyarat bahawa beliau mungkin akan melawat Timur Tengah hujung minggu ini untuk memantau perjanjian gencatan senjata tersebut.