Netflix sememangnya menjadi hub popular dikalangan kaki streaming. Manakan tidak, pilihan series dan filem yang ditawarkan sememangnya awesome. Sebelum ini Netflix telah berjaya mendapatkan kerjasama bersama nama-nama besar Hollywood seperti Bradd Pitt, Will Smith, Emma Stone dan Adam Sandler

Terbaru, bagi memantapkan lagi market penstriman khusunya buat market India, Netflix telah berjaya mengikat kontrak bersama the legend Shah Rukh Khan. Boom!

Perjanjian ini turut melibatkan Red Chillies Entertainment yang merupakan salah satu hasil kerja kendalian Shah Rukh Khan. Maknanya pelbagai filem bakal ditawarkan kepada pengguna termasuk filem-filem terbaru yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Dear Zindagi, Dilwale dan Om Shanti Om antara yang tersenarai untuk ditayangkan. Best bukan?

Memandangkan penonton di India mempunyai jumlah yang ramai, menjadi keutamaan buat Netflix dan Amazon untuk menjadi pioneer untuk negara tersebut. Bagaimana pula dengan anda, adakah anda lebih selesa dengan Netflix atau servis penstriman video yang lain?

Sumber