Anak Mulan Jameela terpaksa memberikan respon ke atas kecaman yang diterimanya di media sosial.

Ketika ketika keluarganya meraikan perkahwinan Al Ghazali dan Alyssa Daguise, seorang lagi anak Ahmad Dhani iaitu Shafeea Ahmad pula dikecam oleh segelintir netizen Indonesia.

Shafeea Ahmad merupakan anak Mukan Jameela yang sulungg bersama dengan Ahmad Dhani.

Maia Estianty dipuji

Maia Estianty dipuji netizen sebagai kelihatan sangat anggun ketika menghadiri majlis pernikahan anak lelakinya.

@maiaestianty

Selesai sudah rangkaian acara pernikahan @Al Ghazali dan @Alyssa Daguisé … tentunya bahagia karena akhirnya aku punya tambahan anak perempuan …. Memakai sanggul buat aku adalah momen langka… dan aku senang memakainya, sebagai orang Jawa… apalagi ditambah dengan riasan yang indah.. juga kebaya modern yang karya nya juga indah… #mua by DEmuahhairdoanggul by : Asep Supriyanto #kebaya by : Anne Avantie #🎥 by : @Beril Photo #maiaestianty #makeup #persiapan #sanggul #kebaya #pernikahan #semakintuasemakinbahagia

♬ suara asli – maiaestianty – maiaestianty

Kehadiran bekas isteri Dhani iaitu Maia Estianty dalam majlis tersebut membuatkan netizen mengenang kembali detik Mulan Jameela ‘menyondol’ bekas suaminya, Ahmad Dhani beberapa tahun lalu.

Membuatkan Ahmad Dhani menceraikan Maia selepas konflik yang panjang. Dan kini, Shafeea Ahmad menjadi sasaran netizen Indo.

Anak Mulan Jameela jadi sasaran

Walaupun anak Mulan Jameela dan Ahmad Dhani itu tidak tahu apa apa. Netizen segera mengingatkan dia agar tidak menjadi penyondol seperti ibunya, Mulan Jameela.

Mereka juga mengungkit kisah Mulan Jameela yang menjalinkan skandal dengan majikan sendiri, serta merampas isteri suami kepada rakan baiknya sendiri pada masa itu.

4

3

Ada yang menganggap bahawa itu adalah balasan di atas perbuatan ibunya dahulu. Jadi kalau tak mahu anak anak kena hujat di kemudian hari, jangan menyondol suami orang.

“Sabar ya, semoga kelak kamu menikah tidak menyakiti orang lain seperti kedua dua ibu bapa kamu,” tulis Fitri.

2

Akibat Instagramnya banjir dengan komen kebencian, sebagai respon, Shafeea telah memuat naik ayat Al-Quran dari Surah Al-Hujurat ayat 12 yang berkaitan dengan menjaga lidah dan hati.

Namun tetap juga Shafeea menjadi mangsa kutukan netizen.

1

Tidak adil untuk Shafeea

Walaubagaimanapun, ramai juga yang mempertahankan Shafeea. Kerana menurut mereka, adalah tidak adil untuk meletakkan beban kesalahan ibunya di bahu anak gadis itu.

Lagipun Shafeea sangat dikasihi oleh abang abangnya yang merupakan anak Maia dan Ahmad Dhani.

anak dhani

“Shafeea tidak bersalah, yang bersalah itu orang tuanya,” tulis seorang netizen yang simpati dengan anak Mulan Jameela itu yang menjadi mangsa pembulian siber.

Netizen yang lain malah memuji kecantikan Shafeea dan dianggap anak gadis yang baik dan beradab. Di mana Shafeea tidak kekok bersalaman dengan Maia Estianty yang merupakan ibu kepada abang abangnya.

Seterusnya ada yang menasihati Safeea agar menapis komen di IG miliknya kerana risau ianya mampu memberikan kesan kepada kesihatan mental anak pelakon itu.