Komposer dan ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memuji pasukan orkestra Malaysia yang baginya tampak lebih baik berbanding kumpulan orkestra di Indonesia.

Beliau berpendapat bahawa Malaysia mempunyai kelebihan memandangkan pasukan orkestra yang ada di negara ini mendapat sokongan kerajaan berbanding di Indonesia yang mana muzik tersebut masih dianggap sebuah budaya baharu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Sebagai seorang yang dikatakan pakar dalam bidang muzik, selepas menjalani latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, ternyata kualitinya lebih bagus berbanding di Indonesia.

“Kalau di Indonesia, ahli orkestra memang orang asal Indonesia, tapi di sini saya dengar ahlinya terdiri pelbagai negara. Lagi pula orkestra bukan budaya kita,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar dan sesi latihan konsert di Axiata Arena.

Dalam masa sama, Ahmad Dhani juga berharap muzik orkestra akan dapat berkembang dan diterima baik di Indonesia seperti di negara-negara lain.

“Dengan orkestra kita membawa budaya baharu di Jakarta peminat muzik di sana masih dalam proses untuk menerima.

“Pasukan orkestra Indonesia belum lagi di tahap dibiayai oleh kerajaan seperti di Malaysia, harapnya akan ada,” katanya lagi kepada Utusan.

Pasukan orkestra Malaysia seramai 54 orang bakal mengiringi persembahan sempena A Night At The Orchestra Dewa 19 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam ini.

Band gergasi itu akan menyampaikan 34 buah lagu di samping menonjolkan sisi lain Dewa 19 yang selama ini ditampilkan dalam konsert rock serba santai. Konsert ini sekaligus bakal membuatkan para peminat mendengar lagu dengan serius dan bukan hiburan semata-mata.

Sumber