Sudah 8 tahun berlalu, komposer Ahmad Dhani dan anak lelakinya, Dul Jaelani masih berpegang janji untuk menyara keluarga mangsa kemalangan yang meragut enam nyawa pada tahun 2013.

Menurut laporan Liputan 6, Ahmad Dhani yang juga vokalis kumpulan Dewa 19 mendedahkan tidak pernah mengabaikan nasib enam wanita yang bergelar janda selepas suami mereka terlibat dalam kemalangan disebabkan kecuaian anaknya.

Tambahnya, sepanjang lapan tahun dia berusaha sebaiknya untuk menanggung kehidupan enam wanita terbabit. Malah, anaknya Dul Jaelani turut sama membantu menyara seorang wanita.

Difahamkan, tanggungan itu adalah atas inisiatifnya sendiri dan bukannya tertakluk dalam undang-undang mahupun hukuman daripada kemalangan yang berlaku.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Muat Naik Konten Islamkan Seorang Lelaki, Tindakan YouTuber Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Dakwa Anugerah Dimenangi Maryam Muzamir Adalah ‘Scam’, Penganjur Tampil Jawab Tuduhan

Tidak Cekap Dan Hanya Lempar Di Lantai, Netizen Terhibur Lihat Skill ‘Peserta’ Squid Game Di Stesen MRT

Sumber