Netizen Malaysia terkejut dan mempersoalkan di mana penguatkuasa ketika warga asing berbangsa Bangladesh dengan selamba berniaga burger Ramly di tepi jalan.
Seorang influencer dari UK yang berada di Malaysia telah cuba untuk merasa sendiri burger Ramly yang sinonim dengan Malaysia.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- Apa Jadi Jika Anda Tak Bayar Cukai Pendapatan?
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
Dan dia berjumpa dengan gerai burger yang dibuat oleh seorang warga Bangladesh.
Ada juga yang mahu tahu sama ada lelaki warga Bangladesh itu bekerja di situ atau memiliki perniagaan tersebut.
“Tolong siasat macamana dia boleh berniaga di situ, kalau orang tempatan yang sewakan, denda dia RM100k,” tulis pengguna X bernama Firdaus.
Lelaki warga asing itu dengan bangga menyatakan bahawa dia satu satunya rakyat Bangladesh yang pandai membuat burger Ramly.
Peraturan untuk pengendalian makanan di Malaysia sangat ketat. Jadi netizen mahu tahu, bagaimana warga Bangladesh itu boleh mengendalikan premis FNB, adakah dia sudah memiliki suntikan typhoid?
Seorang netizen menyatakan dia paling tak suka dengan orang yang memakai sarung tangan hitam dan memegang semua benda dengan sarung tangan tersebut ketika mengendalikan makanan.
Mana pihak berkuasa tempatan, tidur lagi ke dah Zohor ni!
Warga X, spill la mana tmpt ni, kita bagi panas!Lg satu, saya anti betul org pakai glove hitam tu pastu semua benda nak pegang, apa function?
— m.r@yyanfm (@2kosong24) May 1, 2024
Netizen kemudian meminta penguatkuasa segera bertindak. Dan ada yang menganggap warga asing sekarang semakin melampau.
Lebih menyakitkan hati apabila influencer tersebut berkata: “Malaysia ni bukan milik orang Malaysia lagi dah, ianya [milik] Bangladesh.”