Netizen berbelah bagi pendapat mendengar graduan lepasan diploma mahukan gaji permulaan sekitar RM5,000 – RM6,000 untuk graduan baharu.

Dalam satu konten yang dikongsikan di TikTok, beberapa graduan baharu atau fresh graduated telah ditanya gaji yang mereka harapkan.

Rata rata menjawab sekitar RM2,500. Namun ada juga yang mengharapkan gaji sekitar RM5,000 sehingga RM6,000 sebagai gaji permulaan.

Salah seorang berkata: “Untuk lepasan diploma RM5,000 hingga ke RM6,000.”

Mereka rata rata merasakan pelajar pelajar ini memiliki kemahiran yang tinggi dipelajari di universiti.

Beberapa netizen berharap pelajar pelajar yang baru graduasi ini tidak mengharapkan gaji terlalu tinggi. Kerana menurut mereka, mendapat gaji permulaan RM3,000 pun sukar pada ketika ini, dengan lambakan siswazah yang masih mencari pekerjaan.

Ada juga yang mendakwa, pelajar yang lepasan master pun sukar untuk mendapatkan gaji permulaan setinggi RM5,000 itu apatah lagi RM6,000.

Netizen Berbelah Bagi Pendapat Dengar Graduan Lepasan Diploma 'Expect' Gaji Permulaan RM5,000 Ke RM6,000

Mereka meminta graduan baharu ini cuba merendahkan sedikti ekspektasi mereka agar tidak terlalu kecewa apabila mendapat gaji jauh  lebih rendah.

Ada juga yang menasihati agar mereka tidak terlalu memilih pekerjaan kerana pengalaman kerja yang pertama selepas bergelar graduan itu sangat berharga.

@umpsamalaysia

“Selepas konvokesyen, apakah jangkaan gaji graduan UMPSA? Mari kita bincangkan cabaran dan peluang yang ada! Bagaimana pendapat anda tentang nilai sebenar kelayakan kita di pasaran kerja? #GraduanUMPSA #GajiGraduan #Kerjaya #konvoUMPSA #KonvokesyenUMPSA

♬ Positive background music such as play and games(1251730) – earbrojp

Tidak kurang juga yang meminta pensyarah di universiti memberikan penerangan tentang realiti sebenar alam pekerjaan untuk fresh graduated ini. Agar pelajar pelajar ini tidak meminta gaji melampau.

Namun ada juga yang menganggap tidak salah meletakkan harga yang tinggi, kerana ternyata ada juga segelintir fresh grad yang mendapat gaji lumayan sekitar RM4,500 dan ke atas.