Ekoran insiden protes seorang graduan di istiadat konvokesyen Universiti Malaya baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman turut memberikan pandangannya tentang insiden tersebut di laman Twitter rasmi miliknya.
Menurut posting yang dimuat naik semalam, beliau ternyata tidak setuju dengan tindakan graduan tersebut yang menggunakan pentas konvokesyen sebagai pentas untuk protes. Namun, beliau juga tidak setuju dengan desakan untuk menarik semula ijazah yang diterima oleh graduan tersebut.
Saya tidak bersetuju untuk mengunakan pentas Konvokesyen sebagai pentas protes. Hari itu milik semua graduan & ibu bapa untuk bergembira.
Saya juga tidak bersetuju dengan desakan untuk merampas ijazah. We can condemn & criticise without depriving a youth of his 4-year education.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 16, 2019
Respon daripada menteri tersebut mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Ada yang bersetuju dengan pandangan Syed Saddiq mengatakan tindakan tersebut adalah keterlaluan bagi menghukum graduan tersebut.
Agree with @SyedSaddiq. Degree is the result of his 4 years effort. Protest was a bad judgment. Let’s separate the 2. At the same time, senior educators must lead and role model an inclusive mindset for our youths and posterity.
— Derick Khoo (@dk_derick72) October 16, 2019
he protested on convocation day because he knew it would make the most impact. to him, there's something bigger than the joy of his graduation. that's why he made the decision to protest on this important day.
at least, this is what i think went through his thought process.
— #ibelieveinxinwei (@xin_wei) October 16, 2019
Tetapi majoriti daripada netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan ini. Mereka berpendapat itu adalah langkah terbaik supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
Kenyataan ni umpama anak kau dah mencuri kau xsetuju anak kau mencuri tapi kau jugak xnak kau dihukum. Setiap tindakan salah perlu diberi hukuman sebagai pengajaran dan peringatan. Pegang bahu aje pun dah kena report polis apa lagi tindakan biadap macam tu.
— Lina Othman (@LienaOthman) October 16, 2019
https://twitter.com/deckofwar/status/1184642976753975296
https://twitter.com/tgarsyad/status/1184621880327602177
Terdahulu Universiti Malaya telah memberi maklum balas berkenaan isu ini. Klik Pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Baca Respon Universiti Malaya Terhadap Graduan Biadap Ketika Istiadat Konvokesyen
Graduan Universiti Malaya Mogok Ketika Graduasi Mengundang Kecaman Netizen