Selain di rumah, ramai yang mengambil kesempatan untuk berbuka puasa di luar seperti di dataran, kawasan lapang, di tepi tasik dan sebagainya untuk merasakan kelainan. Selagi tidak menghalang laluan, pasti boleh saja dibuat walau di mana jua.

Namun begitu, tular beberapa video yang memaparkan deretan dan motosikal di atas lebuh raya menjelang waktu berbuka puasa. Difahamkan kejadian itu berlaku di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@haikkalomaq_

Bagan tak rilekk 🔥 #fyp

♬ original sound – MKM14 – MKM14

Dapat dilihat segelintir individu dengan selamba meletakkan kenderaan di atas lebuh raya lalu membentangkan kain serta duduk di kerusi untuk berbuka puasa.

Ada juga yang meletakkan kenderaan lalu pergi ke kawasan lapang berdekatan yang mana memang penuh sehingga menyebabkan pengguna lebuh raya lain tidak dapat bergerak sama sekali.

@anissaidrus

Bagan tak rilek hampa oi 🥹 #fyp

♬ Diari Ramadhan (LATINBREAKS) – DJ Disco Hunter

Lebih teruk lagi, bukan sahaja menjadi punca kesesakan jalan yang teruk, malah pihak polis terpaksa datang ke lokasi kejadian untuk meminta mereka beredar secepat mungkin.

Malah, difahamkan kenderaan berkenaan diparkir di atas lebuh raya bermula menjelang waktu berbuka puasa hingga awal pagi. Hal ini sememangnya menarik perhatian ramai kerana ini sesuatu yang membahayakan jika dibiarkan berterusan.

Susulan itu, netizen telah membidas tindakan segelintir individu yang mementingkan diri sendiri yang berbuka puasa di lebuhraya dek kerana mahu kelainan.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Malah, ramai menasihati mereka untuk mencari tempat yang lebih bersesuaian dan paling penting sekali tidak menyusahkan orang lain seperti yang berlaku di lebuh raya.

Menerusi laporan terkini, pihak polis Pulau Pinang sudah mengambil perhatian berkenaan isu tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat sedemikian lagi.