Rakyat Malaysia memang sudah cukup terkenal dengan sifat peramahnya di mata dunia. Jadi, semakin ramai pelancong yang berminat datang ke sini bagi menerokai budaya dan melawat lokasi-lokasi menarik.

Bagaimanapun, satu pasangan vlogger dari California,US telah memuat naik sebuah rakaman video menerusi Facebook tentang ‘layanan’ pemandu Grab di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia mendakwa bahawa pemandu Grab tempatan yang menjemputnya merupakan orang tidak penyabar dan juga tidak peramah.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemandu Grab itu sangat serius sambil meminta pasangan itu memberikan beg dan bagasi untuk diletakkan di ruangan bonet. Malah, pemandu Grab juga didapati menyusun barangan mereka dengan kasar kerana tergesa-gesa mahu beredar dari lokasi tersebut.

Sepanjang berada di dalam kenderaan pula, pemandu grab berkenaan tidak berinteraksi sama sekali dengan pasangan vlogger itu. Untuk pandangan pertama di Malaysia, dia lantas menyimpulkan pemandu Grab di Malaysia bukanlah orang yang penyabar dengan penumpang yang diterima.

Bagaimanapun, netizen telah membidas dakwaan vlogger tersebut dan merasakan mereka mahu dilayan seperti VIP walaupun hanya menempah servis e-hailing biasa sahaja.

Sumber Gambar:FB
Sumber Gambar: FB
Sumber Gambar: FB

Netizen menjelaskan bahawa pemandu Grab itu berkemungkinan tidak sabar kerana pasangan itu terlalu perlahan dan kereta e-hailing hanya diperuntukkan masa 5 minit sahaja untuk berada di lokasi pickup. Ditambah pula dengan jumlah beg dan bagasi yang banyak, ia mengambil masa lama untuk dimuatkan pada kereta Almera tersebut.

Sumber Gambar: FB

Selain itu, netizen juga menegaskan bahawa terdapat polisi Grab yang tidak menyarankan pemandunya untuk berinteraksi dengan penumpang kerana mahu memberikan privasi.

Ada juga yang menasihati vlogger tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan pemandu peribadi mewah jika mahu dilayan seperti VIP. Dalam pada itu, orang ramai juga menyelar tindakan vlogger yang merakam dan memuat naik video tanpa meminta keizinan pemandu tersebut yang mana sudah melanggar hak privasi seseorang.