Selain perubatan moden, masyarakat kita masih bergantung dengan rawatan tradisional sebagai alternatif. Salah satu daripadanya adalah ayat Rukyah yang digunakan dalam Islam  kerana didakwa mempunyai pelbagai khasiatnya.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial satu video mengenai kertas ruqyah untuk rawatan Islam. Video yang dikongsi oleh @zua_al_azmi di X telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kertas ruqyah itu dijual oleh akaun TikTok @quranfi_ dalam satu peket kecil yang berisi sebuku kertas ruqyah. Kertas yang bersaiz kecil itu memudahkan penggunanya untuk merendam terlebih dahulu kertas tersebut dalam segelas air.

Setelah direndam, air di dalam gelas itu juga telah berubah warna dakwat tulisan tersebut.

Menerusi video lain, ada individu merendam kertas ruqyah itu di dalam air untuk sauna dan ada juga yang merendamnya dalam segelas teh atau susu untuk menjadikannya air ruqyah.

Selain itu, akaun berkenaan juga ada menjual beberapa peket jenis ayat Al-Quran yang lain seperti Surah Al-Baqarah, Surah Yasin, ayat Syifa dan lain-lain.

Sumber Gambar: TikTok @quranfi

Pengguna akaun TikTok itu turut menunjukkan beberapa bahan yang digunakan untuk membuat kertas itu antaranya adalah kanji kentang, air, minyak sayur dan sebagainya.

Untuk makluman, ini bukan produk daripada Malaysia. Namun, syarikat ini sedia menjual produk ini di laman rasmi dengan penawaran harga setinggi RM183.

Hantaran video itu sememangnya meraih pelbagai reaksi daripada sejumlah netizen. Masing-masing rasa keliru dengan tindakan yang dibuat oleh penjual tersebut.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Ada yang mengganggap ia bukanlah sesuatu yang haram dilakukan namun bakal menimbulkan kekeliruan di kalangan orang awam dengan penjualan produk sebegini.