Baru-baru ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk membina sekolah konsep baru dengan pembinaan bangunan setinggi antara 10 hingga 17 tingkat.
Ini kerana saban hari permintaan tanah di ibu kota Kuala Lumpur semakin meningkat.
Baca Juga:
- DBKL Cadang Bina Konsep Sekolah Menegak, Setinggi 10 Hingga 17 Tingkat
- Murid Dipaksa Belajar Atas Lantai Selepas Ibu Bapa Gagal Bayar Yuran Sekolah
- ‘Standard Ke Harga Ini?’ – Wanita Terkejut Servis Hantar Anak Ke Sekolah Cecah RM400
Bagaimanapun netizen berpendapat ia idea kurang praktikal, lebih-lebih lagi terdapat kemungkinan berlaku masalah yang sering berlaku seperti lif rosak.
Nak buat sekolah sampai 17 tingkat lepas tu- bagi contractor sedare mare cap ayam lif asyik rosak. Budak2 kena mendaki 17 tingkat bawak pulak beg sekolah 15kg dengan kain baju kurung.
Akak setuju mall sendu tukar jadi sekolah je. Contoh mall sedeh
– Space U8
– Amcorp Mall…— Kak Jah Sungai Dua (@XXXbyefelicia) February 20, 2025
Oleh kerana terdapat banyak pusat beli-belah di sekitar ibu kota yang tidak mendapat sambutan, netizen mencadangkan untuk mengambil alih bangunan-bangunan tersebut untuk dijadikan sekolah.
Antara bangunan yang ‘berpotensi’ untuk dijadikan sekolah adalah Space U8, Amcorp Mall, Seventeen Mall, Summit USJ, Cheras Sentral, Quill City Mall dan Empire City Damansara.
Cadangan yang diketengahkan oleh X.com @XXXbyefelicia telah mendapat sokongan netizen yang lain.
Jelas warganet rata-rata pusat beli-belah berhampiran dengan pengangkutan awam. Jadi sekaligus ia memudahkan para pelajar untuk pergi ke sekolah.
Dalam pada itu ada yang ragu-ragu dengan cadangan itu kerana ia bukan mudah satu proses yang mudah untuk mengambil alih bangunan-bangunan tersebut.