Kejohanan Liga MPLMYS13 bakal berlangsung tidak lama lagi. Kebanyakan pasukan sudah mula berbelanja besar demi mendapatkan gelaran juara pada musim baru ini untuk menjamin kemenangan.

Pasukan Juara Bertahan HomeBois dilihat sekali lagi menjadi bualan peminat apabila membuat kejutan dengan membeli pemain dari pasukan Alter Ego, Udil dengan bayaran yang seakan tidak masuk akal.

Baca Juga:

Bagaimanapun, ada yang berpendapat harga belian sebanyak RM300,000 itu seakan satu kerugian bagi sesetengah pihak. Namun, tidak pula buat pemilik pasukan itu sendiri.

Daddyhood mendakwa belian pemain itu ibarat membeli satu Indonesia kerana nilai pemain itu bukan sekadar pencapaiannya tetapi dari segi nilai pemasaran juga.

Malah, beliau memang bersetuju ini memang suatu pelaburan yang besar namun sudah melihat pulangannya apabila menerima impak positif dalam masa sebulan sahaja. Ini termasuklah liputan meluas tentang pembelian pemain itu di Indonesia serta menerima maklum balas  yang baik daripada peminat permainan ML sendiri.

@wtmtoday

Membeli Udil seperti ‘membeli’ Indonesia – @daddyhood__ Video: WTM Today wtmtoday bukansekadarmaingame iniesukankita MPLMYS13 MLBBEsports NEWERA M6LAYSIA

♬ original sound – wtmtoday – wtmtoday

Sebelum mengumumkan nilai belian itu, pasukan HomeBois juga berjaya mendapat seorang pemain luar dari Filipina yang juga nilai belian agak tinggi.