Tular satu klip video dashcam memaparkan seorang kanak-kanak kena langgar dua buah kenderaan selepas ‘terkeluar’ daripada kereta yang dinaiki.
Dalam rakaman dashcam berdurasi lebih 1 minit itu, semasa sebuah Honda City sedang membuat U-turn, pintu penumpang kiri terbuka dan seorang kanak-kanak terjatuh di atas jalan raya.
Baca Juga:
- Kanak-Kanak Maut Dilanggar Semasa Pulang Dari Tadika, Polis Reman Pemandu Mercedes Warga Singapura
- Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Dirempuh Ketika Main Skuter, Pemandu Trak Pikap Disiasat
- Kanak-Kanak Ini Tolak Adiknya Ke Dalam Mesin Basuh Semasa Ibu Mereka Leka Main Telefon
Kemudian kanak-kanak malang itu kena langgar sedikit oleh sebuah Honda City. Tidak lama kanak-kanak itu berdiri, sekali lagi dia dilanggar oleh Perodua Ativa sehingga tercampak ke hadapan.
pentingnya anak duduk dalam child seat dengan seatbelt
kalau takde child seat sekurang2nya pasang child lock kat pintu belakang tu pic.twitter.com/v6a0QI9lK1
— Paul Tan's Automotive News (@paultan) October 17, 2023
Insiden itu menyebabkan orang ramai berasa cemas serta bimbang dengan keadaan kanak-kanak tersebut.
Ramai risau akan kecederaan yang dialaminya selepas dilanggar dua kali dalam masa selang beberapa saat.
Child lock kan je pintu belakang. Walaupun autolock, still kena child lock sebab budak-2 ni bukan kira. Seram tengok
— 10K (@antaintiom) October 17, 2023
Sebab itu diwajibkan kerusi bayi untuk anak² kecil ini. Utk keselamatan mereka juga.
Satu lagi, kuncilah semua pintu bila kereta bergerak. Boleh juga setkan kunci di tepi pintu utk mengelakkan pintu dibuka dari dalam.
— Kamamar® (@AbamKamal) October 17, 2023
Tercabut jantung aku tgk anak tu kene langgar. harap budak tu x cedera parah. seriau selalu ingat kat anak2 jgn main pintu. sekarang kalau x kunci anak aku yg dua tahun pun ingatkan.
— Bayan Murni (@bayanmurniii) October 17, 2023
Orang ramai mengecam kecuaian orang dewasa di dalam kereta itu yang mengabaikan keselamatan, pintu penumpang tidak dipastikan berkunci sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terkeluar daripada kereta.
Dalam pada itu warganet meminta agar ibu bapa sentiasa menggunakan child lock dan child seat apabila membawa kanak-kanak menaiki kenderaan supaya keselamatan lebih terjamin — atau sekurang-kurangnya menggunakan tali pinggang keledar.