Malaysia merupakan antara negara yang sangat lantang menyuarakan solidariti terhadap Palestin di samping tidak berminat untuk membuat sebarang hubungan dengan negara Israel.

Terkini, kerajaan Malaysia baru memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia dan bakal berkuat kuasa serta-merta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengumuman sekatan yang dilakukan terhadap  syarikat perkapalan yang berpengkalan di Israel itu bukan sahaja menerima pujian rakyat tempatan, malah turut meraih perhatian daripada netizen luar negara.

Seorang pempengaruh media sosial antarabangsa dan juga bergelar profesor undang-undang, Khaled A. Beydoun memuat naik berita berkenaan di Instagram milliknya.

“Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara ini hanya beberapa jam lalu. Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang melanggar asas kemanusiaan dan undang antarabangsa,” katanya yang menulis semula kenyataan Anwar di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Khaled berkata, ia langkah besar kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Anwar.

Perkongsian tersebut menerima lebih 5,000 komen yang rata-rata memuji langkah yang diambil sebagai tanda membantah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza.

“Terima kasih Malaysia! Semoga Tuhan Mengrahmati Malaysia. Bebaskan Palestin,” ujar seorang pengguna yang bergembira dengan perkhabaran itu.

“Malaysia. Anda adalah contoh terbaik yang mempamerkan apa perkara yang boleh dilakukan. Sangat memberi inspirasi,” kata seorang pengguna lain yang menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik dalam menunjukkan solidariti kepada Palestin.

“Ayuh Malaysia!!!Anda berada di dalam senarai negara yang saya mahu lawati. Anda bakal melihat saya membeli pakaian mewah di Malaysia. Mahu membalas jasa dan merancakkan ekonomi negara,” luah seorang netizen luar negara yang dilihat bersungguh-sungguh mahu melawati Malaysia dan berbelanja sakan di sini kelak.

“Ayuh tingkatkan perdagangan dan bisnes bersama rakyat Malaysia jadi mereka akan jadi lebih hebat. Saya dari Jepun dan saya sangat menyokong tindakan yang dibuat oleh Malaysia. Mereka ada hak dan Malaysia adalah rakan baik dengan Palestin,” kata seorang pengguna dari Jepun yang berhasrat melihat pertumbuhan yang baik untuk negara kita.

Tidak lupa juga ada pengguna tempatan yang turut meluahkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dan berterima kasih kepada Perdana Menteri yang mengumumkan arahan sekatan tersebut di mana tampak bersungguh-sungguh dalam solidariti terhadap Palestin.

Kesimpulannya, pengumuman sekatan pada hari semalam telah menjadi fenomena di seluruh dunia malah menerima maklum balas yang baik.

Selain nama Malaysia mulai disebut secara meluas, kita sebenarnya dapat peluang merancakkan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya dalam aspek pelancongan dan banyak lagi.