Netizen telah mengesan jurukamera tertangkap atau bahasa pasarnya terkantoi dalam drama Squid Game 2.
Detik itu diviralkan oleh netizen yang menyindir: “Nampaknya ada orang akan kena pecat daripada pasukan Squid Game selepas salah seorang jurukamera dikesan pada bahagian belakang, ketika pertengahan episod.”
Netizen yang lain menyemak kembali dengan menyatakan: “Kenapa saya tidak perasan pada awalnya, dan saya terpaksa semak balik, dan sahkan ianya betul.”
Sementara itu seorang lagi berkata: “Squid Game 2 exposed.”
Mereka tidak percaya dengan kos produksi yang sangat mahal, masih ada kesilapan sebegini berlaku.
Berikut adalah video tersebut yang menjadi bualan netizen:
someone is getting fired from the Squid Games team after one of the cameramen was spotted in the background mid episode 😭😭 pic.twitter.com/iR1rYNc3kX
— ryan 🤿 (@scubaryan_) January 6, 2025
Selepas kejayaan Squid Game musim pertama, Netflix menuai hasil lumayan sekali lagi menerusi sekuel Squid Game 2.
Menurut laporan, Squid Game 2 menelan kos produksi sekitar $80 juta. Squid Game adalah kisah tentang ratusan peserta berebut wang tunai lumayan.
Caranya adalah dengan bermain beberapa siri permainan zaman kanak kanak di Korea Selatan.
Kedengaran agak mudah, namun ianya dibayar dengan nyawa sekiranya peserta gagal menyempurnakan tugasan mereka.
Siri Squid Game telah menjadi salah satu siri terlaris sepanjang zaman di Netflix.
Squid Game musim kedua telah memecahkan beberapa lagi rekod tontonan untuk drama siri. Squid Game 2 juga menjadi produk penting Netflix untuk meningkatkan lagi pendapatannya sebagai syarikat gergasi penyiaran secara atas talian.