Kita pun sedia maklum harga hartanah semakin melambung lebih-lebih lagi berdekatan lokasi popular atau miliki fasiliti awam di sekitarnya.
Baru-baru ini, seorang pengguna X telah berkongsi satu penemuan unik mengenai iklan hartanah di Facebook.
Apa yang menarik perhatian ramai apabila ejen hartanah telah mengiklankan sebuah rumah yang didakwa berhampiran KLCC dengan jarak sekitar 59 kilometer sahaja.
Baca Juga:
- Hartanah Malaysia Ke-2 Paling Popular Untuk Pembeli China
- Dilabel Pemfitnah, Ini Alasan Pelabur Hartanah Berpendapat Isa Isarb Hanya Sewa Rumah

Namun begitu, setelah diperiksa oleh netizen, rumah berkenaan sebenarnya terletak di Nilai. Dengan menggunakan aplikasi Google Maps, anggaran masa diperlukan untuk pergi ke KLCC adalah sekitar 46 minit ini pun tidak termasuk tol.

Bahkan, anda perlu mengambil kira kesesakam jalan yang terpaksa ditempuhi terutamanya pada waktu-waktu puncak seperti ingin pergi dan pulang kerja.
Susulan pendedahan itu, netizen lalu memenuhi ruangan komen dengan meminta ejen hartanah tidak mengiklankan rumah dengan informasi tidak tepat kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.
Dalam pada itu, ada netizen yang meninggalkan pesanan supaya agen tidak mendakwa rumah atau bilik sewa ‘berdekatan dengan LRT’ padahal perlu berjalan selama 30 minit ke stesen terdekat.
Malah, sebahagian netizen mendedahkan bahawa taktik licik ini sudah lama digunakan oleh segelintir ejen hartanah dalam melariskan jualan rumah pelanggan mereka. Olah sebab itu, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk masuk campur dalam membendung kegiatan pengiklanan tidak beretika daripada berleluasa.