Tugasan yang dilalui oleh ‘abang bomba’ setiap hari bukan terbatas kepada tugasan memadamkan api sahaja. Jika ada ular masuk rumah, kemalangan dan bencana alam, ahli bomba yang akan dipanggil untuk bertugas.
Menerusi perkongsian Balai Bomba Sri Hartamas semalam, mereka telah menerima panggilan khidmat khas misi menyelamat ‘cik oyen’ yang tersangkut di luar rumah dengan ketinggian 7 tingkat.
Baca Juga:
- Pemilik Ini Kongsi Detik Cemas Selamatkan Kucing Kesayangan Di Lebuhraya Dengan Bantuan AirTag
- ‘Tinggi Muncungnya’ – Gelagat Anjing Merajuk Dipujuk Anggota Bomba Ini Raih Perhatian Netizen
- Disangka Tidak Bernyawa, Pemandu Disyaki Mabuk Maki Bomba Kerana Kacau Beliau Tidur
Daripada gambar yang dikongsikan oleh pihak Balai Bomba Sri Hartamas, dapat dilihat dua ahli bomba bekerjasama untuk menyelamatkan kucing berwarna jingga itu. Ramai yang risaukan keselamatan dua anggota bomba tersebut yang hanya mempunyai ruangan kecil untuk pijak dan berdiri.
Namun, misi menyelamat itu berjaya dan kucing itu telah dikembalikan kepada tuannya. Namun, wajah santai ‘cik oyen’ ketika diselamatkan pula undang geram daripada netizen.
Bukan itu sahaja, ada yang tertanya-tanya bagaimana kucing itu boleh keluar dan berada di situ sedangkan saiznya yang ‘sihat’.
Kerana oyen keluar healing, abang bomba gadaikan nyawa untuk selamatkannya tetapi netizen meluahkan rasa syukur kucing dan dua anggota itu selamat dalam misi menyelamat tersebut.