Bergelar bintang K-Pop yang dikenali seluruh dunia, Jung Kook baru-baru ini telah mengeluarkan lagu terbarunya bersama rapper dari Amerika Syarikat iaitu Jack Harlow dengan tajuk 3D.

Dalam pada itu, di sebalik lagu yang sudah berjaya meraih 48 juta tontonan di YouTube dalam tempoh sepantas 2 minggu ini, terdapat akaun di Instagram @ussfeeds yang mendedahkan lagu ini ‘seakan’ lagu Ramdhan Datang yang dipopular oleh Tompi pada tahun 2010.

Baca Juga:

Menerusi pendedahan yang dibuat, nyata kedua-dua lagu ini mempunyai melodi yang hampir sama. Lebih mengejutkan ramai, karya yang dihasilkan 13 tahun lalu ini ‘secara kebetulan’ sama dengan lagu terbaru bintang Korea ini.

Perkongsian yang dibuat turut mendapat perhatian para netizen yang berpendapat sekiranya situasi sebaliknya berlaku, pastinya Tompi yang akan dikecam.

Sumber: Instagram USSFeeds
Sumber: Instagram USSFeeds

Tidak kurang juga yang cuba mempertahankan karya Jung Kook dengan memaklumkan seni atau karya tu sememangnya diinspirasi antara satu sama dengan yang lain.

Dalam usaha untuk membantu orang ramai mengenal pasti dengan lebih lanjut, kami kongsikan dua lagu penuh yang dinyanyikan oleh Jung Kook serta Jack Harlow dan juga Tompi.