Tidak salah berbangga dengan bangsa atau negara sendiri walaupun berada di luar negara. Namun, ia tidak bermaksud anda boleh sesuka hati berbuat onar di negara orang untuk memperlihatkan kehebatan sesuatu suku.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial tentang terpampang tulisan “MADURA” pada dinding tembok besar China. Dapat dilihat tulisan tersebut menyerupai grafiti atau ukiran di salah satu bahagian tempat bersejarah itu.

Di dalam video itu, kedengaran di latar belakang audio seorang individu dengan bangganya berkata “Orang Madura emang gak ada lawan, Tembok Besar China aja ditandain, apalagi hatimu.”
@maneraproject.id VANDALISME KOK BANGGA cr video: madurabagus.id #manera #maneraproject #kocak #madura #cina #tembokbesarchina #indonesia
Kejadian ini mencetuskan mengundang kecaman netizen terutamanya dari warga Indonesia sendiri yang mana tidak bersetuju dengan tindakan tidak bermoral itu.
Menurut beberapa laporan lain, tulisan itu dipercayai dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Tembok Besar China itu sendiri merupakan tapak warisan dunia UNESCO yang dilindungi, justeru tindakan menconteng atau merosakkan dindingnya dianggap menjejaskan keaslian dan nilai sejarahnya.
Pihak berkuasa China dilaporkan sedang menyiasat insiden ini. Tulisan tersebut ditemui oleh beberapa pelancong yang sedang melawat Tembok Besar China.
Seorang daripada mereka sempat merakam video dan mempersoalkan asal-usul vandalisme yang bertuliskan “MADURA” itu.
Ramai netizen Indonesia mengecam tindakan ini, menegaskan bahawa budaya Indonesia, termasuk masyarakat Madura, terkenal dengan sikap ramah dan menghormati tempat bersejarah.
Sementara itu, pihak pengurusan Tembok Besar China sedang berusaha membersihkan dan memulihkan bahagian yang rosak serta mengingatkan pelawat untuk menjaga kelestarian tapak bersejarah ini.
Identiti pelaku dan motif vandalisme masih belum diketahui dan sedang dalam siasatan pihak berkuasa China.