Netizen Indonesia membandingkan animasi terbaru negara itu, Merah Putih: One For All dengan Upin Ipin.

Animasi tersebut akan ditayangkan di seluruh negara pada 14 Ogos dan menggunakan tema kebangsaan sekaligus menjadi yang pertama.

Baca Juga:

Akan tetapi, bukannya menerima pujian, animasi tersebut mendapat kritikan pedas dari rakyat Indonesia.

Merah Putih

Upin Ipin Lebih Baik Berbanding Merah Putih: One For All

Netizen Indonesia menganggap Merah Putih: One For All bukan hasil tangan anak muda sebaliknya orang tua yang tidak memahami bagaimana industri filem animasi.

“Mereka cakap ini karya anak muda, tapi ini orang tua yang buat,” tulis seorang netizen.

Malah, ada yang membandingkan animasi tersebut dengan animasi ternama dari Malaysia iaitu Upin Ipin.

Animasi Merah Putih berlatarkan sebuah kampung yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

Sekumpulan kanak-kanak dipilih untuk membentuk pasukan bagi menjaga bendera keramat yang akan dinaikkan semasa upacara 17 Ogos nanti.

Merah Putih

Bagaimanapun, bendera tiba-tiba hilang sebelum upacara boleh dimulakan.

Sekumpulan kanak-kanak dari pelbagai latar belakang budaya bersatu untuk menjalankan misi menyelamat.

Mereka mesti mengatasi pelbagai perbezaan dan halangan untuk memulihkan bendera.