Kehangatan permainan Upin Ipin Universe tidak dapat disangkal lagi apabila ramai gamer dari negara jiran turut memberi sokongan dan sudi mempromosikan permainan itu.
Seorang YouTuber yang juga penggemar permainan di Indonesia yang cukup terkenal iaitu Windah Basudara baru-baru ini menjadi sensasi apabila dikatakan ‘periuk nasinya’ yang terjejas dek kerana telah diambil tindakan oleh pihak pembangun permainan.
Menerusi video yang tular, Windah Basudara berkongsi video yang stream yang dimuat naik di platform YouTube yang mendapat lebih 3.6 juta jumlah tontonan itu dan sempat menjadi trending di platform sehingga boleh dikatakan sebagai promosi telah disekat pendapatan yang dikenali sebagai AdSense.

Google AdSense ialah program pengiklanan yang dijalankan oleh Google yang membolehkan penerbit (iaitu, pemilik laman web, blogger, atau pencipta YouTube) menjana wang dengan memaparkan iklan di kandungan dalam talian mereka.
Hal ini kerana didakwa pihak pembangun telah melaporkan kepada syarikat YouTube tentang pelanggaran hak cipta susulan penggunaan musik lagu yang terdapat di dalam permainan tersebut menerusi video yang dimuat naik YouTuber Indonesia itu.
Windah sendiri memperlihatkan terdapat empat penalti hak cipta yang dikenakan terhadap akaunnya pada ketika ini dan sudah menghantar dispute iaitu proses rasmi untuk membantah tuntutan yang dibuat oleh YouTube atau pemilik hak cipta terhadap video atau salurannya.
Dia turut menyatakan ekoran isu hak cipta itulah dirinya terhalang daripada menerima pendapatan yang berjumlah sekitar 10 juta rupiah hingga 20 juta rupiah bersamaan kira-kira RM2,600 hingga RM5,200 menerusi video terbabit.
Kalau di Malaysia dengan angka sebegitu pun sudah cukup dikira mewah untuk kelangsungan hidup, inikan pula di Indonesia pastilah lebih bermakna lebih-lebih lagi untuk pencipta konten yang bergantung dengan pendapatan tersebut.
@dekuuu17_ rill game yahudi kah. 10 – 20 jt hasil adsense bng windah di tilep sama dev gamenya 🗿 #windah #windahbasudara #upinipinuniverse #fyp #4u
Dalam pada itu, dengan nada sedih, dia tidak menyangka dengan sokongan yang diberikan dengan membeli game yang boleh dikira mahal itu ditambah pula memberikan promosi dengan meluas masih tidak dihargai oleh pihak pembangun.

Buat yang tidak mengenali Windah Basudara, dia merupakan YouTuber dalam segmen permainan yang cukup berpengaruh dan memiliki pengikut lebih 17 juta di platform YouTube sahaja, itu belum ditambah lagi di platform media sosial lain.
Oleh itu, ramai peminatnya meluahkan ketidak puasan hati dengan menghujani ruangan komentar dengan mesej berbaur amarah pihak pembangun di secara spesifik di akaun TikTok.