Sudah menjadi kebiasaan buat para peminat artis antarabangsa seperti Kpop dari kalangan warga tempatan berkumpul di tempat ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk tujuan menyambung kedatang mereka.
Namun, semalam timbul perbalahan dalam dunia maya di antara netizen Indonesia dan Malaysia kerana dikatakan kurang senang melihat budaya menyambut artis atau idola antarabangsa secara beramai-ramai di lapangan terbang kerana didakwa mengganggu orang awam yang lain.
“Baiklah, anda semua sangat mengambil berat tentang idola anda, bukan? Jadi, anda tidak peduli dengan orang lain di lapangan terbang itu?
“Lupa ke bahawa lapangan terbang itu bukan milik anda, tetapi milik awam? Adakah anda terlalu menyayangi idola anda sehingga anda tidak peduli jika nanti orang lain akan marah dengan tindakan anda? “, ujar seorang netizen seberang.
Oleh itu, netizen tempatan langsung memberi respons bahawa budaya ini sudah lama dipraktikkan oleh warga tempatan malahan ia tidak terhad kepada artis sahaja bahkan orang biasa pun sedia menerima layanan yang sama.
“Untuk makluman, menghantar dan menyambut di lapangan terbang bukanlah budaya peminat (fanculture) semata-mata.
Kita memang melakukan hal ini untuk pelajar ke luar negara dan rombongan haji. Malah, perhimpunan mereka jauh lebih sesak kerana satu kampung akan turut serta.
“Jadi, KLIA yang penuh sesak hanyalah perkara biasa (just another Tuesday).”
Selain itu, ada yang menegaskan walaupun orang ramai berkumpul di kawasan tersebut, tetap akan memberi laluan kepada yang mahu menggunakan fasiliti di situ. Dalam erti kata lain, masih bertimbang rasa dan memikirkan kesejahteraan sejagat ketika itu.
“Lapangan Terbang kami (KLIA) tidak sama dengan lapangan terbang di negara anda yang membenarkan peminat menyerbu (menyasar) idola. Lagipun, peminat (fans) di Malaysia ini majoritinya adalah golongan yang bersopan dan tertib.”
“Untuk makluman, kami tidak pernah menghalang laluan masuk atau keluar di pintu pelepasan atau ketibaan. Malah, laluan untuk ketibaan artis dan orang awam telah pun diasingkan; artis menggunakan Tingkat 5, manakala ketibaan orang awam biasa adalah di Tingkat 3. Tambahan pula, daripada tiga laluan masuk yang tersedia, laluan untuk artis hanyalah satu sahaja daripada tiga pintu tersebut.”
Fakta menarik lain yang dikongsikan oleh warga tempatan tentang betapa besarnya ruang KLIA yang pasti boleh memuatkan lebih ribuan orang dalam satu-satu masa yang mana tidak terjadi untuk lapangan terbang Bandara Internasional Soekarno-Hatta (CGK).
The K-pop party is still going strong at KLIA! 🎉✨ Viviz, Twice, Zerobaseone, and more are heading to KLIA Terminal 1, so get ready for hugeeeee vibes! ✨
Whether you’re here for Eunha, Sana, Nayeon, Hanbin, Zhang Hao, or all of these talented idols, let’s keep the energy…
— KL International Airport (@KLIA_my) October 13, 2025
Untuk menguatkan lagi budaya sambutan ketibaan artis ini biasa di Malaysia, pihak KLIA sendiri meraikannya dengan memberi maklumat kehadiran artis di lapangan terbang terbabit dari semasa ke semasa.


Bukan itu sahaja, artis Kpop turut senang dengan kehadiran peminat yang menyambut mereka di balai ketibaan.