Pertikaian makanan sering terjadi dan medan media sosial X/Twitter menjadi medannya dengan terbaharu perdebatan mengenai asal usul jenama mi segera yang digemari ramai, Indomie, telah mencetuskan ketegangan antara rakyat Indonesia dan Malaysia.

Semuanya bermula dengan ciapan daripada pengguna @reaawakekzaK yang bergurau bahawa “Indomie adalah dari Malaysia” dan dibalas oleh akaun @neohistoria_id bahawa fakta tersebut benar sambil memuat naik gambar paket Indomie yang dilabel sebagai “Produk Malaysia.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kenyataan yang bunyinya sarkastik dan bergurau ini telah mencetuskan pelbagai respons daripada netizen Indonesia.

Walaupun asal-usul Indomie berakar kukuh di Indonesia, dengan Indofood menjadi syarikat perintis di sebalik jenama ikonik itu, perdebatan yang mulanya serius bertukar kepada nada jenaka apabila @neohistoria_id membetulkan kekeliruan netizen Indonesia.

Dalam ciapannya, beliau menyatakan bahawa Indofood, syarikat induk Indomie, mengendalikan kilang pembuatan di pelbagai negara, termasuk Malaysia dan Turki.

Di tengah-tengah gurauan dan sindiran itu, timbul satu persoalan daripada netizen, jika Indomie benar-benar berasal dari Malaysia, mengapa ia tidak digelar sebagai “Malaymie”?

Mi segera bermula di Jepun pada tahun 1956, apabila usahawan Momofuku Ando merevolusikan landskap masakan dengan ciptaannya.

Diilhamkan oleh pemerhatiannya mengenai tabiat orang Jepun yang suka beratur untuk mee ramen pada malam hari, lalu Ando menciptakan mi segera sebagai penyelesaian mudah untuk mereka yang lapar pada lewat malam.

Detik kejayaan Ando datang pada tahun 1971 dengan pengenalan Cup Noodles, dibungkus dalam cawan dengan peralatan pemanas sehingga ia mendorong mi segera menjadi fenomena global.

Kemasukan Indonesia ke dalam arena mi segera datang pada tahun 1972, melalui pelancaran jenama Indomie Kumpulan Salim.

Pada mulanya menawarkan satu perisa iaitu Kaldu Ayam, Indomie dengan cepat mendapat tarikan orang ramai.

Momen penting dalam evolusi Indomie berlaku pada tahun 1982 dengan pengenalan Mi Goreng, perisa yang diinspirasikan oleh hidangan mi goreng Asia Tenggara.

Penambahan ini mengukuhkan lagi kedudukan Indomie sebagai makanan pelbagai lapisan masyarakat, baik di Indonesia mahupun di luar.