Segelintir netizen Indonesia yang tidak bertanggungjawab bertindak melakukan serangan siber terhadap pemain sayap Jepun, Kaoru Mitoma.

Seperti dilaporkan malam tadi, Jepun tidak berdepan masalah untuk menewaskan Indonesia 4-0 pada perlawanan kelima Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Baca Juga:

Serangan itu dilakukan selepas Mitoma melakukan kekasaran dalam usahanya untuk menghalang larian Kevin Diks menuju ke kawasan penalti Jepun.

Pemain yang membuat penampilan pertama buat skuad kebangsaan Indonesia itu kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-41 dan digantikan dengan Sandy Walsh.

Keadaan itu jelas membuatkan segelintir peminat Indonesia berang dengan keadaan tersebut dan menganggap Kaoru Mitoma sebagai penyebab kecederaan lutut dialami Kevin Diks.

Sehubungan dengan itu, ia menjurus kepada berduyun-duyun peminat pasukan Indonesia bertindak ke laman Instagram milik pemain Brighton tersebut.

Bukan melambangkan keseluruhan rakyat Indonesia

Tinjauan di laman Facebook Amazing Badminton Community menyaksikan rata-rata mengutuk tindakan yang dilakukan oleh segelintir peminat ‘tanpa pedoman’ itu.

Ada juga yang meluahkan rasa malu atas sikap ditunjukkan oleh segelintir peminat Indonesia di alam maya itu.

Sebelum ini, pengadil perlawanan Indonesia menentang Bahrain iaitu Ahmed Al Kaf serta skuad kebangsaan Bahrain turut menjadi mangsa serangan siber peminat negara jiran tersebut kerana beranggapan Al Kaf tidak mengadili perlawanan dengan baik.

Skuad Bahrain telah menghadapi pelbagai penghinaan dan ancaman yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pemain dan kakitangan.