Kerana tidak ‘sekepala’ dengan 20 ekor lagi kucing dimiliki tuannya, seekor kucing memilih untuk berada di kawasan awam berbanding duduk di rumah pemilik sebenarnya.
Seperti tular dalam satu ciapan di laman sosial X, kucing yang diberikan nama ‘Oyen’ itu dilihat gemar berada di Stesen MRT Maluri.
Baca Juga:
- Festival Makanan Di Kelantan Jadi Punca Semua Kucing Jalanan Habis Dikutip?
- Mark Adam Bawa Kucing Makan Fine Dining Di Restoran Curi Tumpuan Netizen
- Kedai Makan Ini Dipuji Netizen, Selamatkan Kucing Disumbat Dalam Tiga Bagasi
Ada yang melihat Oyen seperti tidak dihiraukan dan dibuang oleh tuannya serta mungkin kucing itu mahu menagih kasih sayang orang lain.
Keadaan itu menyebabkan beberapa individu yang mengambil berat terhadap nasib Oyen cuba menghubungi pemilik kerana terdapat nombor telefon pada rantai di leher kucing tersebut.
Selepas dihubungi, segalanya terungkai apabila pemiliknya mendedahkan bahawa Oyen sebenarnya lebih gemar ‘bersiar-siar’ jauh dari kawasan rumahnya.
Update pic.twitter.com/oWL5fxB40T
— OnlyFitz (@HeyFitzz) April 17, 2024
Sehubungan dengan itu, tujuan utama beliau meletakkan nombor telefonnya adalah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya Oyen terlajak lebih jauh dari Stesen MRT itu.
Menurut perkongsian perbualan OnlyFitz bersama pemilik Oyen di aplikasi Whatsapp, tuannya menceritakan bahawa beliau memberikan makanan kepada kucing itu pada setiap hari di waktu siang dan malam.
Beliau turut mendedahkan sudah melakukan perkara tersebut selama dua tahun terhadap kucing miliknya itu.
Malah, tuannya turut menghantar Oyen untuk mendapatkan suntikan vaksinasi dan cacing serta akan membawa kucing itu ke klinik haiwan sekiranya sakit.
Bagus juga Oyen ni, rasa tak boleh ‘geng’ dengan kucing yang lain dekat rumah, lebih baik lepak tempat lain.
Menyendiri itu lebih baik buatnya!