Tular sebuah video di mana sekumpulan geng basikal ‘mahal’ dilanggar kereta selepas mengayuh di tengah-tengah jalan. Bagaimanapun, reaksi netizen yang melihat kejadian tersebut rata-ratanya kasihan tetapi ‘berpuas hati’.

Tidak pasti adakah ini reaksi yang benar-benar jujur atau pun berselindung di sebalik kemarahan dengan perangai geng basikal dianggap degil kerana menggunakan jalan raya untuk menjalankan hobi mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam video yang dimuat naik oleh pengguna sosial media X, @MyNewsHub. Kelihatan sekumpulan pengendara basikal berada di tengah-tengah jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta yang merakaman kejadian tersebut.

Hasil pelanggaran tersebut, kelihatan beberapa penunggang basikal tercampak. Manakala sebahagian lagi terbaring di tengah jalan selepas impak kuat dilanggar kereta tersebut.

Video berdurasi beberapa saat itu kemudiannya mendapat perhatian netizen dengan rata-rata menyatakan rasa puas mereka selepas kumpulan basikal itu dilanggar oleh kereta.

Bagaimanapun, bagi pengguna ini. Beliau tidak mempertahankan tindakan geng basikal tersebut, namun merasakan bahawa netizen terbawa-bawa dengan emosi dalam memberikan komen.