Sebuah video yang tular di TikTok baru-baru ini memaparkan pertengkaran antara penunggang basikal dan pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor.
Menerusi video yang dimuat naik, insiden ini bermula apabila salah seorang peserta dalam kayuhan itu mendakwa sebuah bas sengaja menghimpit rapat sehingga hampir berlaku pelanggaran dengan kumpulan penunggang basikal yang berada di bahu jalan kiri.
“Kami menunggang basikal di laluan sebelah kiri sebelum datang pemandu bas yang memandu secara berbahaya menghampiri kami.- Dakwa salah seorang penunggang dalam video yang tular itu.
Tambahnya, pemandu tersebut sedia menghimpit mereka secara merbahaya meskipun laluan kanan tampak kosong sewaktu kejadian terbabit.
Susulan itu, geng kayuh basikal terbabit memuat naik maklumat lengkap pemandu, nombor plat serta ID pemandu dengan harapan pihak atasan syarikat akan mengambil tindakan.
@
Di dalam video berasingan, peserta geng kayuh langsung mengeremuni pemandu bas dan saling bertikam lidah di tepi jalan kerana tidak berpuas hati di antara satu sama lain.
Masing-masing meluahkan ketidak puasan hati dan berlarutan didakwa hampir bertukar menjadi lebih ekstrem dakwa penunggang basikal itu.
Pertembungan itu berjaya diredakan kerana kebetulan pihak JPJ melalui kawasan itu dan bergegas mengasingkan kedua-dua belah pihak.
@spaceramenn Replying to @a:xxa exactly true. Hence we always prioritize safety & always riding on the left lane. Here’s a full story from earlier morning.
Mungkin video dimuat naik atas niat mahu meraih simpati orang ramai dan berharap pemandu dikenakan tindakan tetapi lain pula reaksi yang diterima oleh majoriti netizen.
Rata-ratanya memberi sokongan padu kepada pemandu bas itu dan percaya dia tidak membuat perkara yang salah kerana itu memang laluan yang sepatutnya digunakan oleh mereka.


Malah, ramai juga berterima kasih dengan pemandu bas terbabit kerana menjadi wakil akan ketidak puasan hati pengguna jalan raya yang selama ini terpaksa beralah dengan geng basikal walaupun ia sebenarnya membahayakan keselamatan sejagat.